Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya.
Dia didakwa dengan enam pertuduhan iaitu dua mengikut seksyen 32 (8) (c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001 manakala empat lagi mengikut seksyen 89 akta yang sama.
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Alludeen Ismail.
Mengikut pertuduhan, Adam didakwa memberi keterangan palsu kepada pegawai SPRM pada 10 Februari dan 22 Februari di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Empat pertuduhan mengikut seksyen 89 pula, dia didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan dan dua baucer tunai dengan niat memperdaya pegawai penyiasat SPRM ketika memberi keterangan pada 22 Februari 2017 di tempat yang sama.
Hakim membenarkan Adam diikat jamin sebanyak RM300,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 29 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Adam, 30, yang ditahan SPRM pada 13 April ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kekayaan luar biasanya, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.
Menurut sumber, SPRM juga telah menyita rumah beliau, yang juga seorang ahli perniagaan, di Ampang, yang dibeli dengan harga RM1.2 juta secara tunai.
Astro Awani
Fri Apr 21 2017

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto Bernama

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Adam Rosly dipenjara enam bulan
Ketua Pemuda PKR Ampang, Adam Rosly dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memberi kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM berhubung harta yang dimiliki.

Adam Rosly mengaku tidak bersalah beri kenyataan dan dokumen palsu kepada SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Adam Rosly dituduh di mahkamah esok
Adam, 28, telah berada dalam tahanan reman sejak itu bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

Dakwaan kekayaan luar biasa, Adam Rosly direman lima hari - SPRM
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.25 pagi untuk direman ekoran siasatan ke atasnya.

Zuraida saman Jamal, dakwa keluar kenyataan fitnah berhubung insiden pukul
Zuraida mendakwa pada 13 Nov lepas, Jamal telah mengeluarkan perkataan fitnah mengaitkannya terlibat dalam insiden beliau dipukul dan ditumbuk.

Isytihar harta, atau Jamal terus pantau guna helikopter, kata Rafizi kepada Adam
Ia cara terbaik berbanding tindakan membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hanya akan mewujudkan lebih banyak polemik.

'Adam perlu jelaskan sumber kekayaan luar biasa' - Jamal
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, isu itu akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan selanjutnya.

Ramai anak muda yang kaya sekarang, bukan saya seorang - Adam Rosly
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly menegaskan, banglo mewah yang dimilikinya di Jalan Pinang, Ampang, bukan berharga RM7 juta seperti yang didakwa banyak pihak.

Dakwaan rasuah: Ismail Kijo macam 'pondan', suka cakap belakang - Zuraida
Ia berikutan Ismail didakwa hanya pandai cakap belakang dan tidak berani bersemuka dengannya bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Zuraida dan pengikut buat laporan polis terhadap Jamal
Turut membuat laporan ialah Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang mendakwa Datuk Seri Jamal dan pengikut membuat kekacauan di kediamannya.