SHAH ALAM: Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim berkata sehingga penjaga yang layak dan sesuai dikenal pasti kanak-kanak itu akan terus ditempatkan di rumah perlindungan JKM sebagaimana tempoh ditetapkan mahkamah.
"Kita masih melihat beberapa 'pilihan' siapa yang layak dan sesuai untuk menjaganya dan ia juga bergantung kepada keadaan (perbicaraan) kes melibatkan ibu bapa kanak-kanak itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) JKM Selangor di sini hari ini.
Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.
Pada 15 Jun lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata JKM dalam proses mengenal pasti penjaga multak selepas mahkamah memberikan perintah penjagaan sementara kepada JKM selama dua bulan hingga 9 Ogos.
Sebelum itu, Azmir pada 14 Jun lepas dipetik sebagai berkata kanak-kanak itu kini di bawah jagaan sementara pihak JKM selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.
Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini pada jam 12 tengah hari 5 Dis hingga jam 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Dis 2023 sebelum mayatnya ditemukan pada keesokan hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didakwa.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.

Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.

Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Jenazah pelakon, pengarah Jit Murad selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.

PdPR: Kakak jadi 'guru' bantu tiga adik ikuti pembelajaran
Bergelar anak sulung bukan satu cabaran yang kecil, apatah lagi selepas kehilangan ibu bapa tempat bergantung harap.

Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

Kerana hutang, adik ugut tikam dan bunuh kakak
Tertuduh Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, yang pada awalnya mengaku bersalah bagaimana menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.

Adik Jamal Abdillah meninggal dunia
Menurut penghibur tersohor itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.