SHAH ALAM: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat mempertahankan jawatannya selepas menang besar dalam sesi pemilihan pada Konvensyen Kongres Tritahunan ke-29 bagi penggal 2022-2025.
Adnan memperoleh 1,108 undi menewaskan pencabarnya, bekas Timbalan Presiden II Cuepacs Zulkifli Mohamad yang hanya mendapat 331 undi dalam sesi tersebut di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengiraan Undi Abdul Rashid Abdullah, dengan lebih 1,700 perwakilan mengundi pada sesi pemilihan berkenaan.
Jawatan nombor dua kongres itu iaitu Timbalan Presiden I diisi oleh Aminuddin Awang apabila memperoleh 1,111 undi, manakala Timbalan Presiden II disandang Norhayati Abdul Rashid yang meraih 617 undi.
Sementara itu, Adnan berkata kerajaan diminta agar menyemak semula kenaikan gaji tahunan (KGT) anggota perkhidmatan awam rendah bagi menjamin kebajikan mereka di negara ini.
Katanya setakat ini mereka hanya menerima antara RM80 hingga RM320 yang merupakan kenaikan interim yang dipersetujui sejak 2012.
"Mengikut Jabatan Perangkaan kos sara hidup meningkat RM115 sebulan, jadi kenaikan RM80 itu sudah tidak munasabah dan kerajaan perlu membuat kenaikan baharu.
"Kongres telah cadangkan perlu kenaikan tangga gaji baharu kepada anggota perkhidmatan awam dengan minimum KGT sebanyak RM180 setahun kepada gred paling rendah," katanya.
Adnan juga berharap bajet mini yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi, mengekalkan pengumuman oleh kerajaan terdahulu atau membuat penambahbaikan khususnya untuk penjawat awam.
"Harapan kami sangat tinggi terhadap pengumuman yang telah dibuat kerajaan (Keluarga Malaysia) sebelum ini. Harapan kami jika tiada pengumuman baharu, kekalkan pengumuman lama.
"Jika ada pengumuman baharu dibuat (untuk penjawat awam), adakan penambahbaikkan dan tambahan buat bahagian tertentu dalam perkhidmatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022
Adnan memperoleh 1,108 undi menewaskan pencabarnya, bekas Timbalan Presiden II Cuepacs Zulkifli Mohamad yang hanya mendapat 331 undi. - Gambar fail
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Adnan Mat pertahan jawatan Presiden Cuepacs
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat mempertahankan jawatannya selepas menang besar dalam sesi pemilihan pada Konvensyen Kongres Tritahunan ke-29 bagi penggal 2022-2025.