KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir pada Jumaat.
Menurut Timbalan Ketua Wira Warisan, Mohd Ismail Ayub, pihaknya turut melampirkan sembilan dokumen, termasuk sekeping gambar bagi membantu siasatan.
"Kita yakin bahawa gambar ini adalah satu bukti yang nyata, yang mana boleh menggambarkan sedikit sebanyak mengenai apa yang berlaku.
"Bila mana kita lihat, dalam keadaan seminggu dua ini, terdapat Adun pembangkang yang menyokong kerajaan. Hal ini yang kami sampaikan kepada SPRM," katanya ketika ditemui di pejabat SPRM Sabah.
Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Adun Sebatik mengenai rakaman video ikrar kesetiaan yang tular baru-baru ini, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada sebarang unsur paksaan yang boleh dilihat melalui rakaman tersebut.
"Kalau kita lihat baru-baru ini yang mana YB Hassan Gani telah membuat kenyataan, dia membuat ikrar itu kerana paksaan, kalau dia tidak buat, dia tidak jadi calon.
"Tetapi dalam masa yang sama, kalau kita lihat, video tersebut tidak pun menunjukkan sebarang bentuk paksaan. Kita lihat tiada pun senjata api, ataupun orang-orang yang ada didepannya dengan secara keganasan yang membuat untuk dia terpaksa," katanya.
Mengulas mengenai keputusan Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya, Ismail berkata pihaknya menghormati keputusan tersebut.
"Kita menghormati keputusan dia. Tetapi dalam masa yang sama, dari sudut perundangan, kita juga mempunyai hak," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Mar 05 2021
Mohd Ismail Ayub berkata, pihaknya turut melampirkan sembilan dokumen, termasuk sekeping gambar bagi membantu siasatan.
Pesawat Delta, Japan Airlines berlanggar di lapangan terbang Seattle
Dua pesawat penumpang berlanggar di atas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma pada Rabu.
Nahas helikopter Jalan Lama KL-Bentong ketika mendarat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang, pada jam 10.26 pagi Khamis.
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
Aduan terhadap Adun Sebatik diserahkan ke SPRM - Warisan
Wira Warisan memfailkan aduan kepada SPRM terhadap Adun Sebatik.