KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan N67 Jepak, Datuk Dr Talib Zulpilip meninggal dunia pada petang Jumaat di Pusat Rawatan Pakar Normah.
Allahyarham yang genap 72 tahun pada 13 September lalu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.50 petang setelah tekanan darahnya susut mendadak.
Difahamkan, bekas Menteri Ombudsman dan Integriti Sarawak itu dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Pusat Rawatan Pakar Normah pada Khamis akibat komplikasi buah pinggang dan beberapa sakit lain.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah dan empat anak, termasuk dua anak tiri.
Beliau merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan bertanding atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.
Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Jepak selama lima penggal dan memenangi PRN ke-12 atas Gabungan Parti Sarawak dan memperoleh majoriti 6,277 undi.
Talib memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam di Unit Perancangan Negeri pada tahun 1976, sebelum dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SDEC) sejak tahun 1995.
Beliau kemudian mula berkhidmat sebagai ADUN pada tahun berikutnya 1996.
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada jam 9 malam ini.
Astro Awani
Fri Sep 15 2023
![ADUN Jepak meninggal dunia ADUN Jepak meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694776041_TBBelasungkawa.jpg)
Allahyarham Datuk Talib Zulpilip dilahirkan pada 13 September 1951 dan pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman). -Astro AWANI
![MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025 MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698817686_MDEC.jpg)
MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.
![China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.
![PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645221986_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.