Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas yang juga bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azman Nasarudin tewas kepada ahli biasa Parti Keadilan Rakyat (PKR), M. Karupaiya dalam merebut jawatan ketua cabang Padang Serai dengan majoriti 109 undi pada Jumaat.
M. Karupaiya yang juga seorang usahawan meraih undi sebanyak 288 sekali gus menewaskan pencabar ketiganya, Prof Dr G. Subramaniam dalam perlawanan tiga penjuru itu.
Dalam pemilihan itu, Azman meraih 179 undi manakala Subramaniam 166.
Dalam perkembangan lain, bagi jawatan Ketua AMK cabang pula, pembantu peribadi ADUN Lunas, Mohd Ridhwan Mohd Razali memenangi pertandingan dua penjuru itu dengan 105 undi.
Manakala ketua wanita cabang dimiliki oleh M. Muniamah dengan 102 undi menumpaskan penyandang jawatan itu, Noraini Ahmad dan calon lain, Mazziana Md Saad.
Astro Awani
Sun May 04 2014

ADUN Lunas yang juga bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azman Nasarudin.
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu
Azman menjangkakan sekitar 10,000 ahli Penggerak Komuniti Negara di Kedah akan turut menyertai Bersatu dalam masa terdekat termasuk dalam kalangan kaum Cina dan India.

Kerajaan PH Kedah tumbang?
Kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.

ADUN Lunas tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang Padang Serai
Ahli biasa Parti Keadilan Rakyat (PKR), M. Karupaiya menang jawatan ketua cabang Padang Serai dengan majoriti 109 undi menundukan dua lagi pencabar.