BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari parti Pas yang mengalami keradangan dalam perut dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, dilaporkan stabil.
Menurut jurucakap pusat khidmatnya, Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Nibong Tebal itu masih memerlukan rawatan dan rehat yang mencukupi dan tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
Nor Zamri atau dikenali ‘YB Abang Zam’ sebelum ini ditidurkan bagi mendapatkan rehat yang mencukupi.
"Keadaan kesihatan YB Abang Zam stabil dan masih menerima rawatan rapi. Atas nasihat doktor, tidak dibenarkan melawat buat masa ini bagi memberi ruang yang cukup untuk berehat."
"Marilah sama-sama kita mendoakan kesembuhan segera dan kesihatan yang baik untuk Abang Zam, supaya boleh terus berkhidmat untuk rakyat, " kata jurucakap berkenaan .
Terdahulu, Nor Zamri dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya dua hari lalu kerana sakit di bahagian perut dan kini ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga.
Kali terakhir beliau berkongsi aktiviti di media sosialnya adalah empat hari lalu iaitu jemputan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sungai Bakap selepas beliau mengalami sakit perut dan telah ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.
Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 02 2024
![ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714613605_NorZamriLatiff.jpg)
Nor Zamri yang mengalami keradangan dalam perut dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya dilaporkan stabil.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732243976_AbidinIsmail.jpg)
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
![ADUN Sungai Bakap meninggal dunia ADUN Sungai Bakap meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716533293_tbNorZamriLatiff.jpg)
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
![Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716523969_NorZamriLatiff.jpg)
Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.
![ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714613605_NorZamriLatiff.jpg)
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
![ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714599946_NorZamriLatiff.jpg)
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.