PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof, hari ini gagal dalam rayuannya untuk membantah petisyen pilihan raya yang dikemukakan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Sungai Udang Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, yang tewas pada Pilihan Raya Negeri Melaka, pada 20 Nov tahun lepas.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Dr Mohd Aleef, terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Melaka pada 11 Feb yang menolak, bantahan awalnya.
Hakim Azahar berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Dr Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
"Kami dengan teliti telah mempertimbangkan hujahan semua pihak, dan juga mempertimbangkan dengan teliti keputusan Mahkamah Pilihan Raya. Pada pandangan kami, keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal tidak membatalkan petisyen pilihan raya itu. Pada pandangan kami, perintah Mahkamah Tinggi bukanlah penentuan dalam peruntukan Seksyen 36A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Oleh sebab itu keputusan Mahkamah Pilihan Raya tidak boleh dirayu kepada Mahkamah Persekutuan. Perayu (Dr Mohd Aleef) tidak diprejudis kerana beliau masih boleh membawakan isu yang sama pada perbicaraan sebenar di hadapan Mahkamah Persekutuan. Oleh sebab itu Mahkamah menolak rayuan ini," kata Hakim Azahar dan menambah kos akan ditentukan dalam kos penyelesaian kes itu.
MAHKAMAH-PILIHAN RAYA (PETISYEN) 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara maya, panel hakim mendengar hujahan daripada peguam Rosli Dahlan yang mewakili Dr Mohd Aleef, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Mohd Ali dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Pegawai Pengurus Pilihan Raya Sungai Udang.
Pada masa ini, perbicaraan masih berjalan dengan 13 saksi telahpun dipanggil. Perbicaraan di Mahkamah Pilihan Raya Melaka akan bersambung pada 18 April.
Pada 14 Dis, Mohamad Ali, 57, memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef, 35, dari Perikatan Nasional (PN) kerana mendakwa terdapatnya elemen rasuah pada pilihan raya bagi kerusi Sungai Udang.
Beliau menamakan Dr Mohd Aleef yang menang dengan majoriti 530 undi pada pertandingan empat penjuru, Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi itu, dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya, sebagai responden pertama hingga ketiga.
Dalam petisyennya, Mohamad Ali yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, memohon untuk membatalkan kemenangan Dr Mohd Aleef dan untuk diadakan pemilihan semula untuk kerusi itu.
Mohamad Ali mendakwa Dr Mohd Aleed telah melakukan amalan rasuah pada pilihan raya itu seperti di bawah Seksyen 32 (C) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Politik Melaka: Tular audio perbualan, Idris nafi itu suaranya
Ketika suhu politik di Negeri Melaka terus panas susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu, tular pula satu klip audio yang didakwa mirip suara Bekas Ahli Dewan Undangan Neger