TAIPING: Golongan agamawan atau pendakwah diminta untuk menghentikan perdebatan atau polemik sesama sendiri sehingga mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata sekiranya perkara itu tidak dihentikan ia dikhuatiri akan menimbulkan kecelaruan terhadap mereka yang baru hendak mendalami Islam.
Justeru katanya golongan agamawan atau pendakwah seharusnya memperbanyakkan perbincangan hal ehwal agama secara ilmiah yang memberi lebih manfaat kepada ummah.
“Kerana dua-dua itu ada hujah belaka, yang jadi keliru ini adalah orang awam. Sebab itu nasihat saya ialah supaya kita ambil benda-benda yang memudahkan masyarakat memahami Islam.
“Sekarang ini kita sibuk bincang bab-bab itu, berapa ramai masyarakat tak sembahyang, berapa ramai masyarakat yang kadang-kadang soal tanggungjawab terhadap keluarga yang tak ambil tahu.
“Jadi kata sibuk bincang benda-benda yang tidak sepatutnya benda tu didedahkan kepada masyarakat awam. Nasihat saya ialah kita bincang perkara yang boleh mendatangkan manfaat untuk ummah,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sekolah Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di sebuah restoran di sini pada Jumaat.
Terdahulu Idris diminta mengulas berhubung polemik dan salah faham yang berlaku antara golongan pendakwah terutama dalam media sosial sejak akhir-akhir ini sehingga mendatangkan kegusaran awam.
Justeru Idris berkata pihaknya menerusi Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengadakan pelbagai siri program penerangan, ‘multaqa murabbi ummah’ yang membabitkan golongan pendakwah dan agamawan di seluruh negara.
Menurutnya selepas ini program berkenaan akan diadakan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pada minggu hadapan.
Amirrul Rabbani
Fri Feb 25 2022

Idris(kanan) bercakap kepada pengamal media pada majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2021 di sebuah restoran hari ini. - Foto BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Agamawan perlu terap prinsip rahmah dalam perbahasan agama - Mufti Singapura
Jika prinsip rahmah diberi keutamaan, maka perbezaan pandangan dan khilaf daripada sudut pendapat dapat dibincangkan secara ilmiah.

Agamawan perlu guna media sosial sebar ajaran Islam - Mohd Na'im
Golongan muda terutamanya generasi Z lebih mudah menerima sesuatu ilmu pengetahuan atau ajaran yang disampaikan menerusi media sosial berbanding menggunakan kaedah konvensional.

Gantung tauliah agamawan terlibat jenayah
Hafidzah menggesa kerajaan negeri bertindak segera menangani jenayah seksual membabitkan kanak-kanak di institusi pendidikan.

Agamawan, pendakwah diminta henti polemik - Idris Ahmad
Sekiranya perkara itu tidak dihentikan ia dikhuatiri akan menimbulkan kecelaruan terhadap mereka yang baru hendak mendalami Islam.

Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah
Syeikh Fadzil berkata, Allah meletakkan golongan ulama dan agamawan di tempat yang tinggi dan perlu dihormati masyarakat.

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.

Bimbang ditembak di bumi bergolak, imam berserah kepada Allah
Imam Masjid Darul Muhajirin, daerah Yareng, Pattani, Ishak Daud, akui sememangnya ada perasan bimbang di hatinya serta rakan-rakan imam di daerah lain apabila mengingati tentang hidup serta mati.

Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
Golongan ini sering membodohkan masyarakat atas nama agama dan membina ketaksuban kepada mereka.

Hendaklah akal mengukur maklumat
Bekas Mufti Perlis menulis tentang Hari 'Asyura dan kekeliruan beragama.

UMNO tidak membelakangkan agamawan -- Mukhriz
Datuk Mukhriz Mahathir berkata parti berkenaan tidak pernah membelakangkan tokoh-tokoh agama dan pernah ada agamawan yang mendapat undian yang tinggi dalam Pemilihan UMNO terdahulu.