KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh isteri bekas Ketua Pemuda Bersatu Adam Asmuni bagi menggugurkan tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis yang dihadapinya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam memaklumkan perkara itu semasa kes Lyiana Roslee disebut di hadapan Majistret Farah Nasihah Anuar di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
"Pihak pembelaan telah menghantar representasi dan ia ditolak, maka pertuduhan terhadap Lyiana masih kekal di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya yang turut memohon satu tarikh untuk menyediakan izin bagi memindahkan kes pasangan suami isteri itu ke Mahkamah Tinggi.
Peguam Nur Mustanir Md Nor, yang mewakili Lyiana dan turut menyebut bagi pihak peguam Adam yang tidask dapat hadir ke mahkamah, berkata beliau dimaklumkan bahawa laporan kimia sudah siap namun kes itu masih belum dipindahkan.
"Saya mohon tarikh sebutan terakhir hanya untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi memandangkan penyediaan izin di pihak pendakwaan tidak melibatkan proses yang rumit kerana laporan kimia telah siap," katanya.
Mahkamah menetapkan 11 Mac untuk sebutan kes.
Adam tidak mengemukakan representasi kepada AGC dan hanya Lyiana yang berbuat demikian pada tahun lepas.
Lyiana, 35, dan Adam, 36, didakwa pada 16 Feb 2021 namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu melibatkan hukuman mati yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa mengedar 1.58 kilogram kanabis dan 7.87 liter cecair dadah jenis sama di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang pada 7.30 malam 20 Jan 2021.
Bagi kedua-dua kesalahan, ahli perniagaan serta suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 15 kali, jika sabit kesalahan.
Mereka juga didakwa menanam sembilan pokok disyaki ganja di tempat, tarikh serta masa sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(A)(3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Pertuduhan terhadap Lyiana Roslee masih kekal di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar hiasan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.

Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini
Menurut polis, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.

Tambah ahli Parlimen: MTPMA63 putuskan AGC, Peguam Besar Sabah, Sarawak berbincang
Kerajaan akan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan.

AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.

AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.

Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.