KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) dan UMNO hari ini membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman tiga individu bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang meluluskan usul tambahan UMNO supaya dua jawatan utama tidak dipertandingkan pada pemilihan majlis tertinggi parti itu.
Mereka ialah Ahli UMNO cawangan Kampung Bukit C2 Lembah Pantai, Satarriah Abdul Karim dan Zaidi Abdul Majid serta ahli MIC cawangan Lembah Pantai, P. Vellasamy selaku pemohon yang memfailkan permohonan itu pada 15 Mei lepas dengan menamakan Saifuddin, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan UMNO sebagai responden.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC berkata pihaknya membantah permohonan itu atas alasan keputusan yang dicabar oleh ketiga-tiga pemohon tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana keputusan Menteri tersebut berkaitan keputusan parti politik.
"Ketiga-tiga pemohon juga tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan undang-undang berkenaan," katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh pada prosiding hari ini.
Sementara itu, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili UMNO berhujah bahawa pemohon (Satarriah dan Zaidi) tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap UMNO kerana mereka telah ditamatkan secara automatik daripada menjadi ahli parti.
"Cukuplah untuk mengatakan bahawa mereka bukan ahli UMNO. Mereka tidak lagi mempunyai kepentingan yang tulen terhadap sebarang keputusan atau tindakan yang dibuat oleh UMNO mahupun Menteri Dalam Negeri kerana keahlian mereka dalam UMNO ditamatkan secara automatik," kata Mohd Hafarizam.
Menurut peguam itu, Vellasamy, yang merupakan ahli MIC, juga tidak mempunyai locus standi dalam mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman kerana beliau jelas tidak terjejas dengan usul tambahan UMNO dan keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Mac.
Peguam Thalia Rohaina Abdul Latiff yang mewakili ketiga-tiga pemohon pula berhujah, permohonan itu mempunyai merit untuk didengar dan diputuskan oleh mahkamah kerana ia melibatkan keputusan administratif yang dibuat oleh RoS.
Hakim Amarjeet kemudian menetapkan 30 Ogos untuk keputusan.
Dalam permohonan itu, kesemua pemohon berkata pada 13 Jan lepas, suatu usul tambahan UMNO telah dicadangkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung dari 11 Jan 2023 hingga 14 Jan 2023 mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2023-2026.
Mereka berkata pada 2 Mac lepas, RoS mengeluarkan surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO bertajuk Pengesahan Berhubung Usul Tambahan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS.
Ketiga-tiga pemohon berkata dalam surat itu RoS mendapati usul tambahan UMNO yang diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah tidak teratur dan bertentangan dengan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO, oleh itu ia tidak sah.
Menurut mereka, RoS mewajibkan UMNO untuk mengambil tindakan pembetulan untuk mematuhi Fasal 9.3 perlembagaan parti itu.
Bagaimanapun, kesemua pemohon berkata pada 7 Mac lepas, satu kenyataan media dikeluarkan oleh Saifuddin yang menyatakan bahawa kementeriannya memutuskan untuk memberi pengecualian menurut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) akta sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC berkata pihaknya membantah permohonan itu atas alasan keputusan yang dicabar oleh ketiga-tiga pemohon tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman. - Gambar fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.

Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi.

AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.