PUTRAJAYA: Lebih 2,000 sekolah dan fasiliti awam seperti balai raya dan dewan orang ramai telah mula digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi kegunaan orang ramai sekiranya negara dilanda bencana banjir, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata ia merupakan langkah kerajaan sebagai persediaan menghadapi banjir, yang turut merangkumi kesiapsiagaan ketika serta pasca banjir.
"Ada pengajaran daripada apa yang pernah dilalui daripada (banjir) tahun lepas, dan saya melihat dari segi kesediaan agensi-agensi terlibat, mereka lebih bersedia kali ini," katanya ketika ditemui Bernama dan RTM selepas merasmikan Majlis Apresiasi Program Keceriaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Antara Kementerian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai intipati mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dipengerusikannya pada 3 Okt lepas.
Mohd Zuki berkata kesiapsiagaan menghadapi banjir turut dilakukan di peringkat negeri, terutamanya di negeri yang sering dilanda banjir.
Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada di penghujung bulan, dengan cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana MTL yang aktif pada tempoh itu membawa risiko hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd Zuki berharap semua kementerian memperkemaskan jentera di jabatan dan agensi masing-masing dan bersiapsiaga dalam bersama membantu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat ketika banjir.
"Saya percaya semua kementerian juga sudah merangka dan menyusun strategi bagi memastikan tindakan yang akan diambil kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya tanpa melibatkan sebarang karenah birokrasi," katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek dan KSU kementerian lain.
Pada majlis itu 18 kementerian, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, menerima Anugerah Penarafan Lima Bintang bagi Program Keceriaan antara Kementerian yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Kementerian Pendidikan pula dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan 2022 diikuti naib johan Kementerian Pengangkutan dan tempat ketiga Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika bertemu para pengamal media pada Majlis Apresiasi Program Keceriaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Antara Kementerian hari ini. - Foto BERNAMA
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.