KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan dipilih dan diterima masuk ke Harvard College di Amerika Syarikat, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka dan antara terulung di dunia.
Dua pelajar berkenaan ialah anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur yang bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025, dengan masing-masing merancang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi dan Matematik.
Seri Paduka turut menzahirkan sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang kedua-dua pelajar berkenaan yang merupakan antara 1,968 pelajar terpilih dan melepasi tahap kelayakan ketat ditetapkan daripada sejumlah 57,435 permohonan dari seluruh dunia.
"Kejayaan kedua-dua belia ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
"Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa," titah Seri Paduka dalam hantaran menerusi akaun Facebook dan Instagram Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semoga kejayaan mereka berdua menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Seri Paduka juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Hamdi dan Jarell serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.
Kedua-dua pelajar cemerlang itu adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Muhammad Hamdi merupakan lulusan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja'afar di Negeri Sembilan sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.
Sementara, Jarell menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan A-Level di Sekolah Menengah Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya.
Selain kehebatan dalam bidang akademik, Jarell juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2019 dalam acara Dancesport, bertanding di Olimpik Matematik Pasifik Asia dan bersaing dalam kejohanan catur antarabangsa.
Sementara, Muhammad Hamdi merupakan seorang pendebat yang juga telah memberikan tuisyen kepada pelajar sekolah menengah dengan sering membincangkan pandangan dunia dan pendapatnya mengenai isu masa kini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021

Anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur bakal memasuki kelas sarjana bagi tahun 2025. - Instagram @istananegara

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Agong bangga dua pelajar Malaysia dipilih ke Harvard College
Dua pelajar berkenaan ialah anak kelahiran Kuantan, Pahang, Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur.