KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis sempena Program 'Ekspedisi Untukmu Barisan Hadapan Ke Gunung Kinabalu' di Menara Kuala Lumpur semalam.
Kehadiran Seri Paduka bertujuan menyokong usaha Persatuan Suri dan Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) yang akan ke gunung tersebut sebagai simbolik menghargai pengorbanan anggota bomba dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan timbalannya Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan timbalannya Datuk Ali Biju.
Ekspedisi anjuran Kelab Media Pahang itu dijadual pada 16 hingga 22 Feb ini yang akan disertai bersama Kelab Media Kuala Lumpur melibatkan keseluruhan 80 orang.
Presiden Kelab Media Pahang Datuk Nik Naizi Husin berkata misi pendakian itu bertujuan mendidik isteri anggota bomba tentang penat lelah suami mereka dalam melaksanakan tugas sebagai petugas barisan hadapan.
"Suami mereka (anggota bomba) telah membantu negara dalam membendung COVID-19. Jadi PERISMA mengambil inisiatif untuk menghargai (jasa) dengan ikut naik mendaki sebagai menyelami susah payah suami mereka selama ini," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022

Al-Sultan Abdullah berkenan menyerah Jalur Gemilang kepada Ali (kiri) yang mengikuti ekspedisi pada Majlis Perasmian Program 'Ekspedisi Untukmu Barisan Hadapan Ke Gunung Kinabalu' di Menara Kuala Lumpur, 7 Feb 2022. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.