KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan pingat kepada 257 pegawai dan anggota tentera pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2022 sesi kedua, di Istana Negara hari ini.
Pada istiadat berlangsung di Balairung Seri Istana Negara itu, Seri Paduka berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 11 penerima; Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) melibatkan 33 penerima; Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 104 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) membabitkan 109 penerima.
Penganugerahan pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan dicurahkan dalam perkhidmatan ATM.
Turut hadir ke istiadat itu ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Pada sesi pertama istiadat itu Selasa lepas, seramai 284 pegawai dan anggota dikurniakan pingat dengan Mohd Asghar Khan mendahului senarai sebagai penerima darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada Mejar Jen Insinyur Abdul Hamid Mohd Isa pada Istiadat Pengurniaan DKAT 2022 di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
Trump tegaskan kenaikan tarif 25 peratus ke atas Mexico, Kanada - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal bertegas untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada bermula 1 Feb.
Wan Junaidi seru masyarakat Cina bersama-sama kukuhkan integrasi merentasi kaum
Wan Junaidi menyeru masyarakat Cina untuk terus bersama-sama memperkukuh lagi integrasi merentasi kaum bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan mampan.
Bekalan air optimum di Pulau Pinang ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengoptimumkan perkhidmatan bekalan air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina, bermula Rabu.
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Malaysia negara pertama bolehkan syarikat telekomunikasi laksana 6-Way MOCN, tingkat capaian internet
Malaysia merupakan negara pertama membolehkan syarikat telekomunikasi berkerjasama melaksanakan 6-Way Multi Operator Core Network (6-Way MOCN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.
Titah Adendum: Mahkamah akan tentukan kesahihan - Pakar Perlembagaan
Shamrahayu berkata apabila Titah Adendum tersebut ditentukan kesahihannya, pelaksanaan yang terdapat dalam titah tambahaan tersebut perlu dibuat.