KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh yang meninggal dunia semalam.
Turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas pemain kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Shebby Singh ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara," menurut catatan itu.
Mendiang Shebby semasa zaman kegemilangannya pernah bermain di posisi pertahanan dan beraksi buat skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1991, serta pernah beraksi dalam Kejohanan Sukan Asia 1982, 1986 dan 1990.
Shebby juga pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur.
Selain itu, mendiang juga beraksi bersama skuad bola sepak Pahang pada era 90-an serta pernah menyarung jersi Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.Mendiang juga adalah generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan itu memenangi hatrik Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989.
Selepas bersara sebagai pemain, mendiang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada 2012.
Shebby, 61, meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri petang semalam. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh yang meninggal dunia semalam.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Suasana hiba, sayu selubungi persemadian mendiang Serbegeth Singh
Suasana hiba menyelubungi upacara persemadian legenda bola sepak negara, Serbegeth 'Shebby' Singh di Pusat Pembakaran Mayat, Jalan Loke Yew di ibu negara.

'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah.

Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.

Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia ketika berbasikal
Serbegeth atau juga dikenali sebagai Shebby, 61, difahamkan mengalami kesesakan nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal.

Program naturalisasi sememangnya gagal - Shebby
Bakat-bakat muda sedia ada akan 'rosak' sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada.