KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dengan jayanya, pada Isnin lalu.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Al-Sultan Abdullah kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.
"Ekoran daripada prosedur tersebut, baginda selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan.
"Seri Paduka turut dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara pada hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi tersebut," kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Isnin lalu, Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di ibu negara.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda.
Sementara itu, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah bertitah, selaku Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan, baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas pelancaran Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf yang telah berlangsung, pada Khamis.
"Baginda telah dijadualkan berangkat untuk menyempurnakan majlis pelancaran tersebut tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan berikutan kegeringan dan menjalani rawatan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital sejak Isnin lalu.
"Walaupun sedang menjalani rawatan, Baginda telah berkenan meluangkan masa menzahirkan Titah Diraja menerusi rakaman video di kamar istirahat di hospital tersebut kelmarin (Rabu) untuk ditayangkan di majlis pelancaran.
"Seri Paduka dalam rakamannya bertitah dan menzahirkan harapan agar inisiatif-inisiatif yang telah dirangka berjaya mencapai sasaran dan hasrat penubuhannya dalam menyemarakkan sinar Islam dan membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Afiezy Azaman
Thu Jun 23 2022
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dengan jayanya, pada Isnin lalu. - Gambar fail BERNAMA
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
Kuasa pengampunan Agong tiada had - Haniff Khatri
Kuasa mutlak pengampunan sudah wujud di tangan Sultan dan Raja-Raja Melayu, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi, kata peguam Haniff Khatri.
YDP Agong santuni mangsa banjir di Kota Tinggi
Seri Paduka Baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.
Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam...
Titah Adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Agong terima menghadap PM Singapura di Istana Negara
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Seri Mahkota kira-kira satu jam itu, Mohamad Hasan dan Zambry Kadir.