Skip to main content

Malaysia

Agong terima menghadap PM Anwar, bincang perkembangan pentadbiran Persekutuan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum berhubung perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri turut membincangkan beberapa isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkembangan negara.

Pertemuan Sultan Ibrahim dan Anwar berlangsung hampir sejam, menurut hantaran berkenaan. 

Must Watch Video

Advertisement