ROMPIN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini, yang merupakan antara laluan masuk utama ke pulau peranginan itu.
Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke jeti itu, diiringi oleh anakanda Seri Paduka, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir ialah barisan pentadbiran kerajaan negeri Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada tinjauan itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mendengar taklimat ringkas proses menaik taraf jeti itu daripada pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria.
Selepas meninjau jeti Kampung Tekek, Al-Sultan Abdullah turut mencemar duli ke Kampung Salang, juga di Pulau Tioman untuk ke jamuan rakyat bersama penduduk di situ.
Tinjauan itu merupakan sebahagian daripada pengisian program lawatan kerja Seri Paduka ke Pulau Tioman selama dua hari yang bermula semalam.
Sementara itu seorang pengusaha resort yang ditemui di sini, Zainal Abdullah, 47, berkata beliau berharap kunjungan Seri Paduka bagi meninjau jeti Kampung Tekek itu dapat membantu mempercepatkan proses naik taraf jeti berkenaan, untuk kemudahan pelancong dan penduduk.
Menurutnya pergerakan feri dan bot yang masuk ke Kampung Tekek ketika ini menggunakan jeti marina yang terletak berhampiran dengan jeti asal.
"Walaupun feri dan bot masih boleh masuk ke sini, namun diharapkan jeti yang dinaik taraf itu dapat memastikan proses keluar masuk pulau berjalan lebih selesa dan lancar.
"Ia juga secara tak langsung menjadi nilai tambah untuk menarik kedatangan lebih ramai pelancong, seterusnya menambah pendapatan penduduk tempatan kerana majoriti kami terlibat dengan bidang pelancongan," katanya yang mengusahakan 12 bilik penginapan di Kampung Tekek.
Pengusaha kenderaan sewa Mazlan Mohd Salleh, 54, yang senada menambah, penduduk Pulau Tioman mahu 'bangkit semula' selepas lama terkesan dengan pandemik COVID-19, menyebabkan mereka amat berharap agar proses naik taraf jeti itu dapat disiapkan mengikut waktu.
Berdasarkan jadual, projek yang bermula pada tahun lepas itu dijangka siap pada tahun 2024 dan Mazlan secara peribadi juga berharap pengurusan jeti dapat diperkemaskan antara feri penumpang dan kargo, bagi meningkatkan imej pulau di mata pelancong.
"Kita harap ketibaan feri penumpang diselia dan tidak bertembung dengan feri kargo... biar mereka (pelancong) tiba dengan selesa di sini kerana ia boleh menarik mereka untuk kembali semula pada masa akan datang," katanya yang telah 32 tahun menetap di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
![Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman Agong tinjau proses naik taraf Jeti Pulau Tioman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676867857_Agong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek dan menerima sembah taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria berhubung kemajuan projek tersebut. - Foto BERNAMA
![PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738831286_FadillahYusof.jpg)
PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.
![ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.
"Bila bab kesihatan lelaki, semua ceria" - Timbalan YDP
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Parlimen, LPPKN juga berperanan meningkatkan kesedaran, dan gaya hidup sihat melalui khidmat berhenti merokok, penurunan berat badan dan pemakanan seimbang khususnya berkaitan kesihatan lelaki.
Jelasnya, pada ada masa ini klinik kesihatan lelaki ditawarkan di enam klink LPPKN di Semenanjung dan Sarawak.
Timbalan YDP Datuk Ramli Mohd Nor sempat berseloroh mengenai bab kesihatan lelaki, disambut dengan ketawa daripada Ahli Parlimen.
Jelasnya, pada ada masa ini klinik kesihatan lelaki ditawarkan di enam klink LPPKN di Semenanjung dan Sarawak.
Timbalan YDP Datuk Ramli Mohd Nor sempat berseloroh mengenai bab kesihatan lelaki, disambut dengan ketawa daripada Ahli Parlimen.
![Telur bertaburan di LPT2 mungkin tidak selamat dimakan Telur bertaburan di LPT2 mungkin tidak selamat dimakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740029456_TBtelurayamlorit.jpg)
Telur bertaburan di LPT2 mungkin tidak selamat dimakan
Lebih 70,000 biji telur ayam yang bertaburan selepas lori membawa muatan itu terbalik dalam kemalangan di Kemaman pada Rabu mungkin tidak selamat dimakan.
Kelahiran di Malaysia meningkat 7.7 peratus pada 2023 - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Parlimen menurut DOSM 455,761 kelahiran hidup telah direkodkan pada 2023, jumlah ini menunjukkan peningkatan 7.7 peratus berbanding 2022.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Jelasnya dalam tempoh 15 tahun ini, kadar tertinggi 'total fertility rate' (TFR) dicatatkan pada 2011 dan 2012 sebelum menunjukkan trend menurun, namun kadar itu meningkat pada 2023.
Kes pemandu wanita rempuh pelajar UITM Dungun dipindah ke mahkamah tinggi
Mahkamah Majistret Dungun memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
KWSP: Waspada pengeluaran akaun fleksibel, ingat hari tua
Pencarum diingatkan agar berwaspada dalam pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP, dengan menekankan kepentingan simpanan jangka panjang untuk persaraan yang stabil.
Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira
Wakil pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah berkunjung ke pejabat syarikat pengendali umrah kontroversi, Hejira Travel & Tours Sdn Bhd, baru-baru ini, bagi mendapatkan maklumat lengkap.
![Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740025338_tbpemanduNorizanI.jpg)
Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Majistret memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut UiTM Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
![AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740025267_tbWindsorJohn.jpg)
AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739877023_SultanIbrahimSulta.jpg)
Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
![Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739111027_nazriaziz.jpg)
Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.
![UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739425530_TBsultanibrahim.jpg)
UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
![Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
![Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738654170_praMesyuaratMajlis.jpg)
Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.
![Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738644902_TBSultanIbrahim.jpg)
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.