KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar daripada rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama dalam aspek kebebasan beragama.
Seri Paduka bertitah rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan dan serba kemeriahan.
"Merentasi pelbagai sempadan dan perbezaan, rakyat Malaysia meraikan kedatangan hari kebesaran pelbagai agama dengan penuh keharmonian serta saling menziarahi.
"Rakyat Malaysia juga boleh meneruskan kehidupan seharian dengan penuh rasa toleransi dan dengan tanpa wujud jurang perbezaan antara bangsa dan agama. Ia merupakan anugerah dan nikmat yang tiada bandingannya daripada Allah SWT," titah baginda dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio malam ini.
Baginda bertitah keadaan ini jauh berbeza dengan umat Islam di bumi Palestin bila mana rejim Zionis dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan serangan terkutuk ke atas Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam beribadat di bulan Ramadan.
Al-Sultan Abdullah bertitah, bagaikan satu tradisi, saban tahun pada hari-hari terakhir Ramadan dan menjelang Syawal, rejim Zionis akan melakukan provokasi yang melampau kepada umat Islam Palestin.
"Malaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel," titah baginda.
Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah agar semua rakyat menanam iltizam untuk terus bersatu padu dan menjaga fitrah keamanan serta kedamaian di negara tercinta ini.
"Marilah kita membentuk dan sebatikan dalam setiap sanubari, jiwa serta raga untuk menjunjung kesetiaan kepada raja dan negara sebagai landasan pencetus perpaduan yang utuh untuk dijadikan bekalan bagi membentuk masa depan negara yang gemilang," titah baginda lagi.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengambil kesempatan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia yang terkesan dalam konflik di Sudan.
"Semoga konflik di Sudan dan Palestin akan menemui titik noktah kedamaian," titah baginda.
Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan mereka yang terpaksa bertugas pada lebaran ini terutama petugas perkhidmatan kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua pihak yang menggalas amanah menjaga kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara.
Baginda turut menasihati mereka yang memandu untuk pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang serta selamat tiba ke destinasi dituju bagi meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang.
Mengakhiri titah, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada agar sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah SWT.
"Marilah bersama kita berdoa semoga negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dalam satu semangat perpaduan yang utuh serta maju jaya melangkah menuju masa hadapan yang gemilang," titah baginda.
Hakim Rahman
Fri Apr 21 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar daripada rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama dalam aspek kebebasan beragama. - Foto Facebook Istana Negara

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.
AWANI Ringkas: Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis sahkan penemuan rangka manusia rentung dalam kenderaan terbakar
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanah perkuburan Batu Tiga, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

Sebutir lagi bom lama ditemukan di Kinarut
Sebutir lagi bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan masih aktif ditemukan di lokasi sama di tapak pembinaan berdekatan sebuah kilang di Kinarut pagi tadi.

Tiada kes kusta direkodkan dalam kalangan Orang Asli di Melaka
Situasi penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Melaka terkawal dan tiada kes direkodkan setakat ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Consider This: Gig Workers Bill (Part 2) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Jose Rizal, Chief Activist of Gabungan eHailing Malaysia, Chair of Koperasi GIG Malaysia,
Consider This: Gig Workers Bill (Part 1) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Wan Agyl Wan Hassan, Founder and CEO of MY Mobility Vision.

Ibu Zulfarhan reda, sedia maafkan enam bekas penuntut UPNM
Hawa Osman, 62, berkata walaupun anaknya tidak hidup kembali, dia sedia memaafkan keenam-enam individu terlibat.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.