KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kesatuan yang jitu antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merupakan kekuatan utama membentuk negara Malaysia.
Justeru, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat supaya bersama-sama berusaha mempertahankan kesatuan itu dan menolak segala perbezaan, selain menghayati sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia demi masa depan negara yang gemilang.
"Bagaikan aur dengan tebing, serumpun laksana serai, kesatuan yang jitu antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah merupakan kekuatan yang membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.
Berangkat sama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim Haji M. Yahya.
Al-Sultan Abdullah bertitah keberangkatan baginda ke Sabah juga diharap dapat membina jambatan silaturahim yang berupaya mengukuhkan ikatan perpaduan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.
"Kita semua, sama ada dari Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung, adalah sebuah negara merdeka yang berdiri megah di bawah satu bendera yang bernama 'Jalur Gemilang'," titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong bertitah sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo, Seri Paduka berdua mengenali budaya pelbagai etnik, makanan tradisi, alat muzik tempatan dan tarian tradisional masyarakat Sabah.
"Saya juga amat gembira dengan layanan mesra dan keramahan rakyat yang saya telah temui di sepanjang perjalanan yang terdiri daripada berbilang etnik dan suku kaum.
"Saya telah mempelajari bahawa rakyat Sabah terdiri daripada 33 kumpulan peribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik, ini merupakan satu realiti yang amat menakjubkan," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah keharmonian rakyat di Sabah yang wujud di sebalik kepelbagaian adalah simbol kepada perpaduan di negara ini dan wajar dijadikan teladan.
Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Sabah yang sentiasa dekat di hati, atas kesudian menerima kunjungan Seri Paduka berdua dalam Kembara Kenali Borneo.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tun Juhar, Hajiji, Kerajaan Sabah, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang menjayakan Kembara Kenali Borneo.
"Kembara Kenali Borneo ini merupakan lawatan saya yang terakhir ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Ia merupakan pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan.
"Semoga rakyat Sabah yang saya kasihi sekaliannya akan dilindungi serta dipelihara oleh Allah Subhanahuwataala. Saya turut berdoa semoga Sabah, Negeri di Bawah Bayu akan terus kekal makmur, maju jaya, aman dan sentosa dalam Persekutuan Malaysia atas semangat perpaduan jitu," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga malam ini sempat bertitah ayat dalam bahasa Kadazan yang bermaksud "Terima kasih semua, Sabah dan rakyatnya sentiasa berada di dalam hati saya".
Seri Paduka berdua kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.