KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda sepak takraw negara, Sahak Md Yassim yang meninggal dunia, semalam.
Istana Negara menerusi laman media sosial rasminya menyatakan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada sukan sepak takraw negara.
"Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," titah Al-Sultan Abdullah.
Allahyarham yang mesra disapa Pak Sahak, 74, meninggal dunia pada pukul 3.30 petang semalam di kediamannya, Taman Bunga Raya, Setapak di sini.
Berasal dari Kampung Nuri, Johol, Negeri Sembilan, bekas apit kanan negara itu pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEAP (Sukan SEA), Piala Emas Khir Johari, Piala Tuanku Abdul Rahman, Piala Tun Razak, Piala Tan Seri Jamil Rais dan Piala Raja Thai dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Allahyarham, yang merupakan bekas anggota tentera ketika zaman kegemilangannya dari tahun 1971 hingga 1979, merupakan legenda sepak takraw negara yang digeruni regu Thailand dan dilantik sebagai perunding Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSTM) tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021

Seri Paduka Baginda menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada sukan sepak takraw negara. - Foto Instagram Istana Negara

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.