KUALA LUMPUR: Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Raja Permaisuri Agong diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Seri Paduka Baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato' Sri Ariff Shah.
PENDIDIKAN
Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, juga di Kuala Kangsar.
Seri Paduka Baginda kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di Cheltenham Ladies' College di England pada 1972, sebelum menyambung pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979 sebelum dikurniakan Bachelor of Arts in Chinese Studies pada 1983.
PELANTIKAN PERMAISURI JOHOR
Seri Paduka Baginda dikurniakan gelaran Permaisuri Johor bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI
Raja Zarith Sofiah diijabkabulkan bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim pada 22 Sept 1982 semasa Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor.
Perkongsian hidup Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
MINAT DAN BAKAT
Mewarisi minat dan bakat seni ayahanda terutamanya dalam seni lukis, Seri Paduka Baginda pernah menyertai beberapa pameran seni seperti pameran Galeri Seni Yayasan Warisan Johor pada 2003 dan pameran seni anjuran Maybank Kuala Lumpur yang memberi penghormatan kepada tiga generasi seniman Johor pada 2004.
Raja Zarith Sofiah juga merupakan seorang penulis prolifik dan pernah mempunyai ruangan akhbar khusus iaitu On Common Ground untuk New Straits Times dan Mind Matters untuk The Star, malah sebelum itu, Seri Paduka Baginda juga pernah menulis empat buku kanak-kanak pada 1995.
JAWATAN DISANDANG
Pada masa ini, Seri Paduka Baginda menjadi Penasihat Diraja kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Pengerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Selain itu, Seri Paduka Baginda juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pengerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
PENCAPAIAN
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO) sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu dianugerahkan ijazah kehormat daripada University of Nottingham pada 2017.
Pada 17 Mac 2016, Seri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan program "Because We Care" Chancellor's Fund yang bertujuan menjaga kebajikan pelajar golongan B40 di UTM, serta turut mengilhamkan program Bangsa Johor Bahagia pada 17 Mac 2019 yang memberi penekanan terhadap aspek kebajikan masyarakat, khususnya golongan B40.
Raja Zarith Sofiah sering dijemput sebagai pengucap tama persidangan akademik di dalam dan luar negara termasuk menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat OCIS-UTM, bertemakan Imagining the Future: Climate Change, Health and Food Security in Muslim Societies, anjuran UTM dan Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) pada Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO). -Bernama
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.

Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.

Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.

Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.

Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.