KUALA LUMPUR: Motif ragam bunga raya yang menghiasi Cendera Kenangan berupa pinggan pertabalan yang diterima tetamu sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 merupakan pilihan Sultan Ibrahim sendiri.
Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata beberapa corak hiasan telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim, antaranya motif bunga lada yang sinonim dengan Johor, namun Seri Paduka Baginda berkenan memilih bunga raya.
"Saya masih ingat lagi ketika dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda beberapa pilihan corak, tetapi Yang di-Pertuan Agong memilih corak bunga raya yang menjadi perlambangan dan simbolik peringkat Persekutuan sebagai Ketua Utama Negara," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata selain pinggan pertabalan, corak ragam bunga raya tersebut juga digunakan pada kad jemputan, buku atur cara dan pingat pertabalan.
Azuan Effendy berkata selain corak ragam bunga raya, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyatukan penggunaan warna kegemaran Seri Paduka Baginda berdua iaitu biru Tiffany dengan warna diraja iaitu kuning sempena istiadat pertabalan itu.
Berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu, istiadat pertabalan semalam memasyhurkan Sultan Ibrahim sebagai Ketua Tertinggi Negara. Baginda kini menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Motif sulaman bunga raya dijahit di atas kain renda berwarna emas yang dilapik dengan fabrik jenis taffeta bagi menaikkan lagi seri busana Raja Permaisuri Agong. -- fotoBERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

#AgongKita: Corak ragam bunga raya pilihan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan
Beberapa corak dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim, namun Seri Paduka Baginda berkenan memilih bunga raya.

#AgongKita: 21 sulaman motif bunga raya hiasi persalinan Raja Permaisuri
Radzuan berkata 21 sulaman tangan bermotifkan bunga raya dan corak awan larat yang menghiasi busana Raja Permaisuri Agong.

KRM mahu skuad Bunga Raya 15s kekal dalam Divisyen Premier ARC
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak rela melihat skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) tersingkir daripada saingan Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC).

Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula bulan depan
Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangkan kepada 1,250.