KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena dengan Istiadat Pertabalan yang berlangsung hari ini.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang merafak sembah tahniah menerusi ucapan dimuat naik dalam akaun Facebook turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
"Semoga pemerintahan Tuanku akan sentiasa diiringi keberkatan dan maghfirah-Nya serta mudah-mudahan Malaysia akan terus berkembang maju dan makmur. Insya-Allah," katanya.
Turut merafak sembah tahniah ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang mendoakan semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli juga tidak ketinggalan merafak sembah tahniah menerusi hantaran dalam akaun media sosial rasmi mereka.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada hantaran merafak sembahnya mendoakan negara terus berkembang maju dan makmur serta rakyat bersatu padu dalam keharmonian di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.
"Patik dan seluruh rakyat Kelantan mendoakan agar Tuanku sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara. Semoga pemerintahan Tuanku terus membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan," katanya.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara hari ini, dan dihadiri ratusan tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024
![#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan #AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721448291_PertabalanAgong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama diketuai Mejar Muhammad Fikri Senan pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739111027_nazriaziz.jpg)
Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.
![UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739425530_TBsultanibrahim.jpg)
UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
![Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
![Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738654170_praMesyuaratMajlis.jpg)
Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.
![Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738644902_TBSultanIbrahim.jpg)
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
![Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640998_JohariAbdul.jpg)
Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.
![Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738636326_TBAgong.jpg)
Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.