KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen hari ini meminta masa persidangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dipanjangkan bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berkata, pada masa ini terdapat kekangan masa untuk Ahli-Ahli Parlimen berbahas memandangkan masa harian persidangan tamat pada 5.30 petang.
"Kalau ikut Peraturan Mesyuarat, setiap persidangan tamat 5.30 petang kecuali ada usul menteri. Namun terdapat peluang untuk Tuan Yang Dipertua membuat keputusan berdasarkan (peraturan mesyuarat) 90 (2) untuk menghentikan pelaksanaan peraturan dengan pemberitahuan atau persetujuan Yang Dipertua,"
"Saya nak merayu kalau boleh dipanjangkan (masa persidangan) dan jika kebimbangannya adalah kesihatan, kita boleh disiplinkan diri... sejam keluar, masuk balik, itu kita boleh sama-sama putuskan dalam kalangan Ahli Parlimen sebelah sini," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Khas Parlimen sidang petang hari ketiga bermula
Peraturan Mesyuarat 90 (2) menyatakan: sesuatu masalah yang bertujuan hendak merentikan kuat kuasa mana-mana Peraturan Mesyuarat atau harus menyebabkan boleh terhenti kuat kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat, boleh dicadangkan hanya selepas dikeluarkan pemberitahu atau dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua yang hendaklah dengan serta-merta mengemukakan untuk diputuskan tanpa dibenarkan apa-apa perbahasan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mengendalikan majlis mesyuarat ketika itu kemudian menerangkan berkenaan tempoh masa persidangan itu.
"Saya nak terangkan pasal masa ni... sebenarnya kita telah tidak menuruti nasihat dan rekomendasi Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang bersusah payah datang ke Parlimen untuk memberi penekanan.
"Kalau nak ikut nasihat beliau (Dr Noor Hisham), kita bersidang sampai pukul 2 (petang) saja sebab beliau amat bimbang dengan keadaan COVID-19 Ahli Parlimen.
"Semalam dengan hari ini pun kita ada tiga hingga empat kes... risikonya agak tinggi, oleh sebab tu saya tetapkan 5.30 (petang) untuk memberi peluang semua berbahas... tapi kalau pihak menteri nak pertimbang, saya serahkan pada beliau," katanya.
Persidangan hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan sesi penerangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021

Pada masa ini terdapat kekangan masa untuk Ahli-Ahli Parlimen berbahas memandangkan masa harian persidangan tamat pada 5.30 petang. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.