KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan sebarang peralatan elektronik peribadi bagi tujuan penstriman langsung sesi Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Abdul Johari Abdul berkata, ketetapan tersebut dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 35 (1), yang mana Ahli-ahli Parlimen yang berucap perlu mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi.
Jelas beliau, berlaku peningkatan trend memasang peranti seperti telefon bimbit sejak kebelakangan ini, dan tindakan Ahli Parlimen yang memandang peranti yang dipasang di meja, jelas tidak mematuhi peraturan mesyuarat berkenaan.
"Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 31, saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat siaran langsung dalam Dewan Rakyat.
"Untuk makluman, ucapan Yang Berhormat boleh ditonton melalui siaran langsung sidang Dewan Rakyat di YouTube rasmi Parlimen Malaysia, RTM dan media massa yang lain. Diharap agar ahli Yang berhormat dapat memberi kerjasama dalam perkara ini," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Bagaimanapun, ketetapan yang dibuat oleh Johari dipersoalkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang menyebut Peraturan Mesyuarat 35 (1) sebagai tidak munasabah.
"Alasan yang digunakan oleh Speaker adalah kerana tidak memandang Speaker. Saya rasa itu alasan yang dissimplified, semata-mata untuk menghalang Ahli Parlimen menggunakan peranti-peranti. Saya rasa ini tidak munasabah jika menggunakan peraturan tersebut.
"Kita berada dalam zaman era media yang sophisticated (canggih). Saya rasa Parlimen ini harus bergerak ke arah itu dan bukan bergerak ke belakang.
"Jadi penggunaan peranti saya rasa patut digalakkan dan tidak menjadikan Peraturan Mesyuarat 35 (1) sebagai alasan untuk menghalang Ahli Parlimen. Saya harap keputusan Speaker boleh dirujuk bagi mengangkat martabat Parlimen dalam penggunaan alat peralatan yang lebih canggih," katanya.
Johari kemudian menyarankan mana-mana Ahli Parlimen termasuk Ronald untuk mengemukakan kepada jawatankuasa jika tidak berpuas hati, bagi tujuan meminda Peraturan Mesyuarat.
Beliau pada masa sama mengakui, siaran langsung adalah sesuatu bagus kerana selari dengan perkembangan teknologi yang moden tetapi tindakan tersebut seolah-olah lebih mengutamakan penonton berbanding berbincang masalah rakyat di Dewan Rakyat.
"Ini sesuatu yang tidak baik. Sebab itu saya minta bila datang sini Yang Berhormat harus menyelesaikan masalah dengan meletakkan keutamaan untuk rakyat.
"Audiens (penonton di media sosial) satu hal. Jadi untuk audiens ambillah di YouTube ataupun RTM dan diubahsuai. Saya ingat itu tak ada masalah," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Mon Oct 16 2023

Menurut Tan Sri Abdul Johari Abdul, semua Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan sebarang peralatan elektronik peribadi bagi tujuan menyiarkan siaran langsung sesi Dewan Rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.