Ahmad Fahmi sebelum ini menjadi Naib Presiden ABIM dari 2019 hingga 2023 dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
Turut dilantik Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar sebagai Timbalan Presiden.
Lantikan berkenaan diumumkan pada akhir Muktamar Sanawi (Muktamar Belia Islam) yang ke-52 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, Fahmi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pertubuhan itu akan terus memberi sokongan untuk merealisasikan agenda Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Menyedari keterikatan terhadap faktor politik serta ekonomi tidak memadai untuk menjayakan gagasan besar ini, ABIM akan terus menggerakkan agenda ini menerusi elemen pendidikan dalam kalangan generasi muda, pembinaan institusi keluarga, dan pembentukan masyarakat yang secara kolektif agar mampu memberi impak kepada sosio politik dan ekonomi negara,” jelas Fahmi.