KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dua pertuduhan itu ialah gagal mengisytiharkan RM2 juta diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan beri penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli Parlimen Pontian itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.
Ketika ditanya sama ada beliau faham kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, Ahmad menjawab "Faham, saya mengaku tidak bersalah."
Hakim kemudian menetapkan tarikh pengurusan kes pada 29 September ini.
BACA: Kes Ahmad Maslan gagal isytihar RM2 juta kepada LHDN dibicara di Mahkamah Tinggi
Ahmad, pada 21 Jan 2020, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Beliau didakwa menerima wang itu, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 dan cek tersebut telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 30 April 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal mengenai isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini antara 2.45 dan 3.30 petang pada 4 Julai 2019.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, perbicaraan kes itu ditetapkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussain bermula 5 Julai lepas.
Kes itu bagaimanapun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan membenarkan permohonan Ahmad untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen.
Mahkamah memutuskan demikian atas alasan antaranya terdapat persoalan undang-undang serius yang timbul terutama dalam pertuduhan dihadapi anak guamnya di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Eton Khir
Tue Aug 24 2021
Ahmad didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KWSP Pekerja Asing: Caruman 2 peratus seimbangkan kebajikan, perniagaan - FMM
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi pekerja asing mencerminkan usaha mengimbangi kebajikan pekerja dan kemampanan perniagaan.
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Jan - Amir Hamzah
Kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat bulan lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau - Bomba
Bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi masih perlu dipantau kerana berisiko mengalami runtuhan rumah akibat banjir.
#AWANIRingkas 5 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Februari 2025
1️⃣ Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025
2️⃣ Isu perang Gaza antara isu tumpuan
3️⃣ Hamas sahkan rundingan sudah bermula
#awaniringkas
1️⃣ Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025
2️⃣ Isu perang Gaza antara isu tumpuan
3️⃣ Hamas sahkan rundingan sudah bermula
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu perang Gaza antara isu tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Netanyahu yakin Trump akan bantu Israel capai semua matlamat perang
Netanyahu sifatkan Presiden Trump sahabat terbaik Israel yang pernah ada di White House.
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Afnan Hamimi meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sasaran Malaysia dan persediaan untuk temasya dwitahunan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
“Amerika akan ambil alih Semenanjung Gaza dan urus dengan baik,” kata Donald Trump
"Kami akan mencipta pembangunan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan tanpa had kepada penduduk di kawasan itu."
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.