KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri untuk bersama-sama bertakbir memuji kebesaran Allah SWT dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama lebih 20,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya dan mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk 'Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita' yang disampaikan Imam Besar masjid itu, Salahuddin Ghozali.
Di ibu negara, umat Islam terdiri daripada warga tempatan mahupun warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara yang diimamkan oleh Imam Besar masjid berkenaan Ehsan Mohd Husni.
Di Selangor, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyertai lebih 3,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha pada pukul 8.12 pagi di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini.
Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Di Johor, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru bersama adindanya Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan pegawai kanan kerajaan.
Di Pulau Pinang, Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor turut meluangkan masa menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 2,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang dan seterusnya pelaksanaan ibadah korban di masjid itu.
Sebanyak 251 ekor lembu diagihkan Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kepada 252 masjid dan 25 surau di bawah Program Korban Perdana Yayasan Tahun 2024, yang memanfaatkan kira-kira 13,500 golongan B40 di negeri itu.
Sementara itu, di Terengganu, penduduk Kampung Banggol Chempedak di Serada dekat Kuala Terengganu membuat kelainan dengan menunaikan Solat Sunat Aidiladha di tepi sungai di Dataran Banggol Chempedak pagi ini selain membawa juadah untuk dinikmati selepas solat.
Lebih 100 jemaah terdiri daripada penduduk kampung dan kawasan sekitar menunaikan solat sunat di kawasan berkenaan berikutan surau kampung itu kini dalam pembinaan baharu.
Di Negeri Sembilan, Masjid Sri Sendayan, Seremban menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 5,000 jemaah termasuk warga asing, dengan dipimpin imam Muhammad Anas Fikri Mohd Nasir, di samping mendengar khutbah bertajuk 'Kepatuhan Kepada Ilahi, Membentuk Kehambaan Hakiki'.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan dan berharap masyarakat terus mengingati perjuangan serta pengorbanan Nabi Ibrahim dan jadikan ia teladan hidup.
Di Melaka, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman tiba kira-kira pukul 8.20 bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah.
Di Kedah pula, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 jemaah lain di Masjid Zahir, di Alor Setar selain turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan exco kerajaan negeri.
Sementara itu, di Perlis lebih 1,000 orang hadir menunaikan solat sunat Aidiladha di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam di Arau yang turut disertai Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.
Di Kelantan, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Masjid Al-Ismaili, Tumpat untuk menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah.
Di Pahang, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan bersama lebih 1,000 jemaah.
Sementara itu di Perak, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 800 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, di Ipoh seterusnya mendengar khutbah bertajuk 'Aidiladha:Pengorbanan Memupuk Sifat Ihsan'.
Di Sarawak, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek di Kuching.
Di Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Haji Noor, Serusup, Tuaran dan seterusnya dijadualkan untuk menghadiri majlis ibadah Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menunaikan solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. - Gambar/ Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Sarawak akan perkenal mekanisme kawal harga ternakan - Abang Johari
Sarawak akan memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga jualan beberapa haiwan ternakan tahun depan.

Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.

Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.