KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 pastinya sedikit sebanyak mengubah sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Walau di mana sahaja umat Islam itu berada, pengertian sebenar hari penting itu perlu dihayati dengan sebaiknya.
Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah.
Bagi Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim, pengorbanan secara umumnya bermaksud sesuatu yang perlu diusahakan, digembleng dan membuktikan kesediaan melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh.
Sementara dari perspektif agama, Aidiladha dikaitkan dengan tuntutan melakukan korban binatang-bintang ternakan serta merujuk kepada orang-orang yang menunaikan haji iaitu pengorbanan harta, tenaga dan sebagainya dalam usaha mereka melakukan ibadah itu.
Manakala, dalam konteks kehidupan masa kini pula, signifikan pengorbanan ialah bagaimana umat Islam bersabar dan redha mengharungi pengorbanan yang cukup besar ketika dunia masih diuji dengan pandemik COVID-19.
Tidak seperti kelazimannya, untuk sambutan Aidiladha kali ini, tiada lagi peluang merentas negeri dan daerah untuk pulang ke kampung bersama keluarga menyambut hari kebesaran itu.
Ini juga antara pengorbanan yang banyak menuntut kesabaran.
"Kalau kita nak kaitkan situasi kita dalam pandemik ini ialah pengorbanan perasaan kita yang rindukan kampung halaman kita, perasaan kita yang mahu bersama-sama dengan keluarga seperti biasa sebelum ini.
"Maka perasaan itu kita perlu korbankan untuk tahun ini semata-mata menjaga satu maslahah yang lebih penting iaitu maslahah nyawa yang semakin terancam akibat daripada pandemik COVID-19.
"Maka maksud hari raya Aidiladha tahun ini mungkin lebih hayati dalam konteks pengorbanan perasaan dan pengorbanan kerinduan. Mudah-mudahan pengorbanan itu menjadi tema Aidiladha yang dapat kita hayati tahun ini," katanya kepada Astro AWANI.
Tanpa kesabaran, seseorang itu, tegas beliau, tidak mampu berkorban apa sahaja termasuk perasaan dan ia merupakan suatu yang dituntut agama.
"Kita kena faham bahawa apa yang berlaku hari ini bukanlah perkara yang main-main dan tidak serius, tetapi perkara yang sangat-sangat mendesak kita dan tidak ada siapa pun yang mahu keadaan seperti ini. Maka kita perlu banyak bersabar," ujarnya lagi.
Justeru, Aidiladha, jelas Ikmal Zaidi, perlu disambut dengan penuh keinsafan dan penghayatan dalam memastikan umat Islam dapat mengharungi setiap dugaan terutama dalam pandemik COVID-19.
Rahimah Abdullah
Mon Jul 19 2021

Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim, berkata, pengorbanan secara umumnya bermaksud sesuatu yang perlu diusahakan, digembleng dan membuktikan kesediaan melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.

Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.

Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.

Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.

Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.

Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.

Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.