PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena cuti Aidiladha.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata hanya kerja kecemasan sahaja dibenarkan dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.
"KKR mempunyai perancangan jangka panjang dan pendek bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya tiap kali tiba musim perayaan atau cuti sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek jalan susur bertingkat sepanjang 300 meter dari Jalan P15H ke Persiaran Timur di sini hari ini.
Penyerahan itu disempurnakan oleh Nanta dan diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Menurut Nanta, selain arahan larangan penutupan lorong, pihak konsesi turut mengaktifkan pelaksanaan smartlane (kebenaran penggunaan bahu jalan) di lokasi yang telah dikenal pasti bagi memastikan aliran trafik lebih lancar.
"Advokasi kepada pengguna mengenai smartlane dan keberkesanan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan akan dipantau oleh LLM," katanya.
Mengenai jalan susur bertingkat yang mula dibuka kepada orang ramai hari ini, Nanta berkata projek meliputi pembinaan sistem perparitan, pemuliharaan alam sekitar dan naik taraf lampu isyarat di persimpangan P15H itu dimulakan pada 29 Dis 2020 sebelum terjejas akibat pandemik COVID-19 dan berjaya disiapkan 15 Mei lepas.
"Pembinaan projek berkenaan hasil kajian dan penelitian bagi menyediakan laluan alternatif bagi penduduk Presint 15 yang berjumlah hampir 35,000 orang untuk ke pejabat kerajaan di Putrajaya selain bertujuan mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama Presint 15 (bulatan lima persimpangan) pada waktu puncak.
"Antara cabaran utama dihadapi sewaktu menyiapkan projek adalah penularan COVID-19 dan lokasi tapak projek kerana terletak di sepanjang jajaran koridor utiliti utama di Persiaran Timur, Putrajaya yang secara tidak langsung memberi kesan kepada tempoh penyiapan projek," katanya sambil menambah projek berkenaan menelan belanja RM12.63 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Nanta (tengah) bersama Dr Zaliha ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan RAMP/Flyover sepanjang 300 meter dari Jalan P15H ke Persiaran Timur Bagi Tujuan Penyuraian Trafik, hari ini. - Foto Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.