KOTA BHARU: Pasar Besar Siti Khadijah sesak berikutan orang ramai mulai sibuk mengunjungi pasar itu untuk membeli barangan keperluan terutamanya barangan basah sebagai persiapan di saat akhir bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok.
Tinjauan Bernama di Pasar Besar Siti Khadijah mendapati orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah seperti ayam, santan, ikan, pelbagai sayuran dan juga rempah ratus untuk persiapan hari raya yang kurang dari 24 jam sahaja lagi.
Pengunjung, Noramalina Shukri, 34, dari Kampung Tiong berkata, dia lebih gemar membeli barangan basah di pasar itu memandangkan banyak pilihan ditawarkan sekali gus memudahkan urusannya untuk memperolehi kesemua senarai barangan hanya di bawah satu bumbung.
"Saya berkunjung ke pasar pada pagi ini untuk beli barangan keperluan bagi menyediakan juadah lontong dan juga rendang selain beberapa menu lain yang akan dihidangkan pada esok hari. Setakat ini harga barangan juga berpatutan walaupun di musim perayaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Seorang lagi pengunjung Ainy Md Yunos, 72, berkata, kepulangan anak-anak serta cucu-cucu ke rumahnya pada Hari Raya Aidiladha pada kali ini membuatkan dia membuat persiapan lebih meriah untuk menyambutnya.
"Saya membelanjakan lebih RM300 untuk membeli barangan keperluan bahan basah walaupun terpaksa beratur untuk mendapatkan barangan kerana orang ramai," katanya.
Peniaga santan Nurul Asya Syaqira Maulana, 20, berkata, dia terpaksa meningkatkan pengeluaran santan segar yang diusahakan hampir lapan kali ganda pada hari ini untuk memenuhi keperluan orang ramai berbanding pada hari biasa.
"Jika pada hari biasa saya hanya memperuntukkan sekitar 100 biji kelapa sebagai jualan harian namun pada hari ini sebanyak 800 biji kelapa telah diproses bagi memastikan bekalan santan mencukupi kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi berkata, aliran trafik di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang pada pagi ini lancar dan terkawal meskipun terdapat peningkatan kenderaan menjelang Aidiladha ini berbanding hari biasa.
Beliau yang dihubungi Bernama berkata, polis bersedia untuk melaksanakan pelbagai kaedah sekiranya berlaku kesesakan yang teruk, dan semalam polis terpaksa melakukan lima kali 'penarikan trafik' bagi meredakan kesesakan di Kampung Mentara bersempadan Merapoh, Pahang.
Sik berkata, penarikan trafik membolehkan satu lorong yang sesak dengan kenderaan dibuka menjadi dua lorong, pada masa sama lorong dari arah bertentang yang kurang dilalui kenderaan, ditutup sejauh sekurang-kurangnya lima kilometer bagi tempoh 10 sehingga 20 minit.
Seorang perantau, Mohd Ashraf Ramli, 30, berkata, dia yang bertolak dari Jerantut, Pahang, mengambil keputusan untuk mengikut laluan Felda Kechau dan mengambil susur keluar ke Chegar Perah, Pahang untuk mengelak daripada tersangkut dalam kesesakan trafik.
"Apabila melihat jalan tidak sesak saya mengambil keputusan untuk menggunakan lebuh raya Lingkaran Tengah Utama dan kenderaan menjadi perlahan seketika di penghujung lebuh raya kerana dua lorong menjadi satu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
Orang ramai gemar membeli barangan basah di Pasar Besar Siti Khadijah memandangkan banyak pilihan ditawarkan. - Gambar fail Bernama
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
AWANI Tonight 15 Jan 2025
AWANI Tonight with @fayekwan_
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
1. PM kicks off UK five-day work visit to boost trade and ties
2. 'TikTok refugees' flock to China's RedNote ahead of app's US ban
Peruntukan RM100 juta bukti komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif - KLSICCI
Peruntukan RM100 juta menerusi TEKUN Nasional untuk mempertingkatkan agenda pemerkasaan ekonomi masyarakat India menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kemajuan ekonomi inklusif.
AWANI Tonight: TikTok refugees' flock to China’s Rednote before Jan 19 ban
Ahead of TikTok's looming U.S. ban, many American social media users are migrating to the Chinese app Xiaohongshu, which recently topped Apple's U.S. App Store.
Consider This: Multidimensional Poverty in the 21st Century
Despite decades of progress, poverty continues to trap millions in cycles of deprivation, and conventional measures often fail to reflect the full scope of their struggles. The Multidimensional Poverty Index, developed by the Oxford Poverty and Human Development Initiative, offers a revolutionary way to understand and address poverty by looking at deprivations in education, health, and living standards. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Sabina Alkire, Director of the Oxford Poverty and Human Development Initiative. Together with Professor James Foster, she developed the Alkire-Foster method for measuring multidimensional poverty.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.