SHAH ALAM: Sebanyak 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ditawarkan oleh syarikat penerbangan, AirAsia sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, kesemua penerbangan mampu milik itu adalah sekitar tarikh 19 April hingga 1 Mei depan.
“Penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ini menawarkan harga tiket pada hanya RM199 bagi Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan RM249 sehala ke Sabah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Jelas Riad, penerbangan tambahan tambang murah itu tersedia untuk beberapa buah destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, Sabah.
“Selain daripada membuat tempahan dari Kuala Lumpur, para tetamu juga boleh menempah penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu,” ujarnya.
Mengulas mengenai jumlah tiket yang telah terjual, Riad berkata, sehingga 31 Mac, kira-kira 70 peratus daripada 11,400 tempat duduk bagi tiket tambang rendah tetap itu sudah dibeli oleh pelanggan.
Menurutnya, jualan itu adalah bagi tarikh antara 19 dan 22 April.
"Masih banyak tempat duduk tersedia pada tambang rendah tetap masih belum dibeli di antara 19 dan 22 April depan untuk beberapa kawasan.
“Antaranya adalah seperti Kota Kinabalu ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Bintulu, Johor bahru ke Miri, Sibu ke Johor Bahru dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata, antara destinasi yang telah mencapai sehingga 100 peratus tempahan bagi tarikh antara 19 dan 22 April ialah Kuala Lumpur ke Tawau dan Johor Bahru ke Kuching.
“Turut sama, penerbangan dari Johor Bahru ke Sibu dan juga Kuala Lumpur ke Kuching. Diharapkan lebih banyak lagi individu akan membuat tempahan untuk tawaran ini,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 02 2023
![Aidilfitri: AirAsia sedia 124 penerbangan tambang rendah Aidilfitri: AirAsia sedia 124 penerbangan tambang rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674750516_AirAsia.jpg)
Sebanyak 124 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ditawarkan oleh syarikat penerbangan, AirAsia sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. -Gambar fail/Bernama
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734998846_tbTonyFernandes.jpg)
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
![Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734996911_tbTonyFernandes.jpg)
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
![Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733728315_tbPesawatAirAsia.jpg)
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
![AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733218805_Airasia.jpg)
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
![AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730100853_tbAirAsia.jpg)
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
![AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729034170_TBTONYFERNANDES.jpg)
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
![76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke 76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729054789_AnthonyLoke.jpg)
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
![AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727356743_tbTonyFernandes.jpg)
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
![AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727078598_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
![AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024 AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721701495_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.