KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini seharusnya dimanfaatkan untuk membina iltizam demi memperkukuh perpaduan dan membentuk kebersamaan sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kehidupan, budaya, keturunan dan pegangan agama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kehadiran Aidilfitri merupakan nikmat besar dari Allah SWT kerana umat Islam berkesempatan mengerjakan ibadah berpuasa yang dituntut di dalam Islam.
Selain itu, ia merupakan perundangan dan madrasah agar umat Islam sentiasa memperkukuh ukhuwah dan tali persaudaraan sesama Muslimin dan Muslimat, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Marilah kita bersama-sama menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan ini sebagai lambang kejayaan umat Islam. Marilah juga kita bermaaf-maafan, melupakan sebarang sengketa agar lebaran ini lebih bermakna buat kita semua serta bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan.
"Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan rahmat dan berkah dari Allah SWT," katanya di Facebook rasmi beliau malam tadi.
Turut menitipkan pesanan sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengharapkan agar Aidilfitri tahun ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan dengan harapan dapat mengukuhkan ukhuwah dan mengeratkan perpaduan yang tersedia terjalin, menerusi tradisi kunjung-mengunjung.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menasihatkan perantau yang pulang ke kampung halaman agar berhati-hati ketika memandu dan berpesan bahawa keselamatan di rumah adalah sama pentingnya dengan keselamatan di jalan raya.
"Pastikan suis semua peralatan elektrik dipadam dan paip-paip ditutup rapat supaya air tidak melimpah ketika kita meninggalkan rumah. Dengan ini, barulah kita dapat menjamah ketupat dan rendang yang dihidangkan pada hari raya dengan tenang bersama keluarga tercinta," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024

Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis mengajak umat Islam menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan serta melupakan sebarang sengketa.

Mohamad Norza sah pertahan jawatan Presiden MOM
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029.

Truck Fighter 1.0 perkukuh solidariti, bakal himpun 5,000 pemilik 4x4
Acara itu, yang dianjurkan oleh Zaki GM Garage bertujuan bagi memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 44.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pemotongan bantuan AS jejas keselamatan global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pemotongan besar dalam bantuan asing Amerika Syarikat, menyatakan bahawa langkah ini memberi kesan buruk kepada golongan paling terdedah di seluruh dunia.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Fokus Minggu Depan: Menikmati sambutan bulan mulia dengan lebih bermakna
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Pembinaan bangunan MOM baharu libatkan kos RM103 juta - Norza
Pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baharu di Bukit Jalil dijangka melibatkan kos berjumlah RM103 juta.
Lelaki Jepun dikehendaki ditahan kumpulan bersenjata di Myanmar
Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti yang menguasai kawasan timur Myanmar mengakui bertanggungjawab menahan seorang lelaki Jepun berusia 36 tahun berhampiran sempadan Thailand.
MCA dakwa ada parti dalam PH cuba beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa wujudnya cubaan beberapa parti dalam Pakatan Harapan yang menggunakan media untuk memberi tekanan kepada MCA supaya keluar dari BN, sekali gus menlenyapkan parti itu dari Gabungan Perpaduan.

PRK Ayer Kuning: Enam calon disenarai untuk pertimbangan - Saarani
Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi PRK Ayer Kuning.

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.

Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.

Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).

Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.

Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.

5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.

Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.