KUALA LUMPUR: Lawatan khas keluarga penghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di semua institusi penjara dibatalkan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berkuat kuasa esok hingga 7 Jun ini.
Berikutan itu Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya akan menyediakan kemudahan sidang video melalui e-mel jabatan (Icewarp) bermula 15 Mei (Sabtu) hingga 7 Jun.
"Tempoh ini lebih lama daripada tempoh perjumpaan yang dijadualkan sebelum ini (iaitu lima hari). Lawatan perjumpaan melalui kaedah tersebut (Icewarp), hanya dibenarkan kepada keluarga penghuni yang membuat tempahan melalui penjara berkaitan sahaja.
"Tempahan boleh dibuat bermula hari ini melalui dua kaedah iaitu, panggilan telefon di institusi berkenaan dan emel, atau menghantar surat ke institusi berkenaan," menurut kenyataan itu.
Seterusnya, pihak penjara akan menetapkan tarikh perjumpaan dengan tempoh masa perjumpaan maksimum selama 15 minit, bergantung kepada situasi semasa penjara berkenaan.
"Bagi memberi peluang kepada semua keluarga penghuni, perjumpaan untuk setiap penghuni hanya dibenarkan sekali sahaja. Penghuni juga dibenarkan menggunakan kemudahan telefon prabayar yang disediakan, untuk menghubungi keluarga sekiranya perlu," menurut kenyataan itu.
Jabatan Penjara meminta keluarga penghuni supaya mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu menerusi laman sesawang, www.prison.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Lawatan khas keluarga penghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di semua institusi penjara dibatalkan. - Gambar hiasan
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
PM terima kunjungan hormat Sheikh Al-Azhar di Seri Perdana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.
Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
PM Anwar terima kunjungan hormat Prabowo
Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.
Prabowo tiba di Malaysia dalam lawatan khas
Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada 10.15 malam.
Agong, Permaisuri berangkat pulang, selesai lawatan khas ke UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air.
Agong, Raja Permaisuri tiba di UAE untuk lawatan khas sempena COP28
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.40 petang waktu tempatan (7.40 malam waktu Malaysia).
COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.
Agong berangkat tiba di Jordan untuk lawatan khas
Pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman pada 4.30 petang waktu tempatan, semalam.