KUALA LUMPUR: Suasana menyambut Aidilfitri semakin jelas terasa terutama di terminal pengangkutan awam apabila ramai yang memilih untuk pulang berhari raya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Walaupun kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma di semua lebuh raya pada hari ini dan esok, masih ada yang menjadikan pengangkutan awam sebagai kenderaan yang membawa mereka balik ke kampung halaman kerana inginkan ketenangan dan tidak tertekan memandu sendiri dalam kesesakan di lebuh raya.
Tinjauan Bernama di KL Sentral mendapati keadaan sedikit sesak apabila ramai warga tempatan menggunakan pengangkutan awam untuk pulang beraya sejak awal pagi tadi.
Seorang peniaga Suriati Ibrahim, 47, berkata dia bersama tiga anaknya menempah tiket kereta api dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah, Perak sejak sebulan lepas kerana khuatir tiket akan habis dengan cepat.
"Kami bercuti sampai Sabtu. Kami guna ETS (Perkhidmatan Tren Elektrik) kerana lebih jimat masa, tidak perlu menempuh kesesakan jalan raya. Sampai pun tetap pada masa yang dijadualkan," katanya.
Turut senada dengannya, seorang juruvideo Muhammad Rashid Dany Abdullah, 24, yang bertindak menempah tiket lebih awal untuk pulang beraya selama seminggu di Gemas, Negeri Sembilan.
"Alhamdulillah, senang nak dapat tiket kereta api sebab beli secara dalam talian, tak payah nak beratur. Kalau tak saya kena naik motosikal dan jauhlah nak ke kampung," katanya.
Dua penuntut universiti swasta di Perak, Syarifah Musliha dan Noor Aliah Sailin, yang kedua-duanya berusia 21 tahun memilih pengangkutan awam yang disediakan pihak universiti bagi menyambut perayaan.
"Kami menaiki ETS dari Perak ke KL Sentral dan selepas ini perlu menaiki kapal terbang untuk pulang ke Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah. Tidak ada masalah untuk beli tiket sebab boleh tuntut tiket penerbangan percuma," katanya.
Sementara itu, dua warga Indonesia yang ditemui di sini turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sambutan perayaan itu di Malaysia dan akan berada di sini selama empat hari.
"Kami baru tiba di Malaysia. Saya akan beraya di sini bersama teman-teman. Semua persiapan raya sudah tersedia," kata Hariyanto, 44.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
![Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya Aidilfitri: Pengangkutan awam tetap jadi pilihan pulang beraya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712572004_ETSSesak.jpg)
Tinjauan Bernama di KL Sentral mendapati keadaan sedikit sesak apabila ramai warga tempatan menggunakan pengangkutan awam untuk pulang beraya sejak awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013721_malaysiakualalump.jpg)
Lima cabaran daya huni bandar di Malaysia
Cara pengurusan urbanisasi hari ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap daya huni bandar dan kelestarian planet.
![Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737090900_AnthonyLoke.jpg)
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
![PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638362319_Zairil.jpg)
PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco
PIL1 merupakan projek infrastruktur penting yang bertujuan menyokong matlamat perancangan bandar jangka panjang Pulau Pinang dan meningkatkan ketersambungan di seluruh pulau.
![Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736633190_Junkfood.jpg)
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
![New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736213208_traffic.jpg)
New York perkenal caj kesesakan lalu lintas AS$9 untuk pemandu masuk Manhattan
Sebanyak AS$9 (RM40.60) dikenakan ke atas pemandu di New York yang ingin memasuki Manhattan untuk tangani masalah kesesakan lalu lintas.
![Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734710728_tbJPJNegeriPulauP.jpg)
Syarikat bas ekspres wajib sedia pemandu kedua, patuhi undang-undang - Hasbi
JPJ diingatkan supaya memastikan pemandu bas berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
![Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733004604_subwaystationThes.jpg)
Greece lancar kereta api bawah tanah Thessaloniki selepas 38 tahun pembinaan
Laluan yang baru dirasmikan itu adalah sepanjang 9.6 kilometer dan mempunyai 13 stesen.
![Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732262489_NgSzeHan.jpg)
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
![[KOLUMNIS] Jiwa KL diberi nafas baharu menerusi Belanjawan 2025 [KOLUMNIS] Jiwa KL diberi nafas baharu menerusi Belanjawan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71591834464_DataranMerdeka.jpg)
[KOLUMNIS] Jiwa KL diberi nafas baharu menerusi Belanjawan 2025
Komentar media oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
![Peruntukan RM79.2 juta bagi perkhidmatan SBST di Kuching - Loke Peruntukan RM79.2 juta bagi perkhidmatan SBST di Kuching - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728644186_AnthonyLokebe.jpg)
Peruntukan RM79.2 juta bagi perkhidmatan SBST di Kuching - Loke
Sistem pengangkutan awam yang bakal bermula tahun hadapan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti GPS dan mesra OKU.