KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membuat keputusan untuk melanjutkan lagi tempoh pembayaran balik pinjaman (moratorium) secara automatik kepada semua Sahabat AIM bermula 1 sehingga 31 Ogos ini.
Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Lajim Ukin bagaimanapun menjelaskan, Sahabat AIM yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman masih boleh berbuat demikian dengan kaedah tanpa tunai (CMCCS) atau online banking (Akaun Kutipan AIM) sepanjang tempoh moratorium ini.
Katanya, pembayaran tersebut sekali gus akan digunakan untuk pengurangan baki pinjaman atau pembayaran awal.
"Dengan penangguhan ini, AIM telah memberi moratorium selama tiga bulan bermula dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa secara penuh iaitu pada 1 Jun lalu.
"Ia membabitkan nilai sebanyak RM577.3 juta, iaitu RM192.4 juta sebulan, yang memberi manfaat kepada seramai 378,507 Sahabat AIM di seluruh negara.
"Selain moratorium, semua Mesyuarat Pusat (MP) di seluruh negara juga ditangguh sehingga tarikh yang sama.
"Kita juga akan mengeluarkan pekeliling MP yang baharu untuk dilaksanakan, mengambil kira norma baharu, bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 serta menjaga kesejahteraan Sahabat serta kakitangan AIM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lajim berkata, Sahabat AIM juga boleh memohon untuk pengurangan baki pinjaman atau pembayaran awal pinjaman apabila MP dibuka semula bagi setiap pembayaran yang dibuat sepanjang tempoh moratorium.
BACA: AIM tangguh bayar balik pinjaman sehingga 31 Julai 2021 - Lajim Ukin
BACA: COVID-19: Sahabat AIM boleh mohon lanjutan moratorium - Lajim Ukim
Dalam pada itu, beliau berkata, kutipan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) bagi tempoh setengah tahun kedua 2021 akan dibuat apabila MP dibuka semula.
"Bagi Sahabat AIM yang mencarum untuk setengah tahun pertama 2021, akan kekal dilindungi dan menerima manfaat seperti biasa jika berlaku kecelakaan mahupun bencana sepanjang tempoh moratorium berkuat kuasa," tambahnya.
Pada masa sama, kata Lajim, AIM juga akan menutup operasi di semua cawangan seluruh Malaysia bagi tempoh yang sama, membabitkan Pusat Latihan AIM di Taiping, Perak; di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, Pejabat Wilayah dan Ibu Pejabat akan tetap beroperasi mengikut peraturan-peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara," ujarnya.
Tambahnya, semua keputusan itu dibuat memandangkan keadaan COVID-19 yang masih belum reda dan atas keprihatinan terhadap kesukaran yang dialami Sahabat AIM yang terkesan teruk.
Sahabat AIM juga diminta sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawai amanah di blok masing-masing untuk mendapat maklumat yang tepat dan mengikuti pelbagai kursus serta bengkel yang diadakan secara dalam talian.
Lajim turut menasihatkan Sahabat AIM untuk mendaftar dengan MySejahtera dan mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program yang dilaksanakan di seluruh negara untuk kebaikan bersama.
Astro Awani
Fri Jul 30 2021

Lajim menasihatkan Sahabat AIM supaya berdaftar dengan MySejahtera dan mendapatkan vaksin COVID-19 demi kebaikan bersama. - Foto AIM

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.