ALOR SETAR: Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda yang terbuka tanpa sebarang amaran pada Sabtu lepas sehingga berlaku penurunan mendadak paras air sungai itu.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata berdasarkan bacaan kualiti air sungai melalui stesen pengawasan automatik di Pinang Tunggal, kualiti air sungai itu setakat ini didapati masih terkawal dan boleh dirawat untuk dijadikan sumber air domestik di Kedah.
"Pihak kita (JAS) ada stesen pengawasan automatik di Pinang Tunggal dengan setiap jam akan hantar data ke dalam laman web kita untuk kita pantau kualiti air di Sungai Muda," katanya.
Beliau ditanya pemberita sama ada air Sungai Muda tercemar dengan kejadian itu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JAS Kedah di sini hari ini.
Selasa lepas, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan dilaporkan memaklumkan satu pintu kawalan yang telah terbuka tanpa amaran itu menyebabkan air Sungai Muda surut ke paras 0.67 meter berbanding 1.85 meter sebelum kejadian.
Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) mengambil tindakan serta-merta menutup pintu air itu secara manual pada pukul 7.30 pagi, Ahad lepas dan pintu itu terbuka tanpa amaran kerana berlaku gangguan teknikal pada sistem automasi kawalan (SCADA).
Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata pihaknya menjalankan rondaan setiap hari untuk memantau aktiviti pembakaran terbuka dalam keadaan cuaca panas ketika ini dalam usaha mencegah aktiviti itu daripada berleluasa hingga berlaku kebakaran.
Beliau juga meminta orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka kerana berisiko berlaku kebakaran besar apabila api merebak ke kawasan lain.
"Dalam tempoh cuaca panas ini, kita ada terima satu laporan pembakaran terbuka iaitu melibatkan (pihak) kilang di Baling yang membakar sisa kayu dan kita telah hantar notis arahan (supaya berhentikan pembakaran terbuka itu)," katanya.
Menurut Sharifah Zakiah tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang masih ingkar iaitu di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
![Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684407906_SungaiMudaparasa.jpg)
Kualiti air sungai itu setakat ini didapati masih terkawal dan boleh dirawat untuk dijadikan sumber air domestik di Kedah. - Gambar fail
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas
Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.
![Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681454653_BazarRamadan.jpg)
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
![Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739195288_TBNgSueeLim.jpg)
Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk
Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
![Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194097_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka
Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
![Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684320459_TBSANUSIBUBARDUN.jpg)
Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.
![PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707316878_Pathmanathan.jpg)
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
![Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51594899183_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP
Lebih 80 peratus pengguna telah pulih daripada gangguan bekalan air susulan insiden kekeruhan air mentah Sungai Muda, pagi tadi.
![Beberapa kawasan P.Pinang alami gangguan bekalan air Beberapa kawasan P.Pinang alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695974954_ChowKonYeow.jpg)
Beberapa kawasan P.Pinang alami gangguan bekalan air
Chow Kon Yeow berkata kadar kekeruhan yang tinggi itu disebabkan kejadian banjir di Baling, Kedah dan insiden seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.
![Laporan akhir gangguan bekalan air Kedah, Pulau Pinang pertengahan Jun Laporan akhir gangguan bekalan air Kedah, Pulau Pinang pertengahan Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686295420_SungaiMudaparasa.jpg)
Laporan akhir gangguan bekalan air Kedah, Pulau Pinang pertengahan Jun
Laporan akhir berhubung insiden gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Kedah dan Pulau Pinang akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini.
![Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684407906_SungaiMudaparasa.jpg)
Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah
Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda.
![Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683099466_TBSANUSIKEDAH.jpg)
Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi
Menurut Sanusi, tudingan terhadap kesalahan melibatkan pemantauan baraj berkenaan perlu dihalakan kepada kementerian yang terlibat.
![Operasi pintu Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya Operasi pintu Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684164723_Parasair.jpg)
Operasi pintu Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya
Operasi Ampang Jajar Sungai Muda di Pulau Pinang yang mengalami gangguan teknikal pada sistem automasi kawalan (SCADA) Sabtu lalu, pulih sepenuhnya, hari ini.
![Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684123233_Parasair.jpg)
Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini
PBAPP sedang berusaha mengepam air mentah pada tahap maksimum daripada Sungai Muda.
![Pulau Pinang perlu projek alternatif atasi masalah bekalan air Sungai Muda - Ketua Menteri Pulau Pinang perlu projek alternatif atasi masalah bekalan air Sungai Muda - Ketua Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657186842_TBPULAUPINANG.jpg)
Pulau Pinang perlu projek alternatif atasi masalah bekalan air Sungai Muda - Ketua Menteri
Pulau Pinang tidak boleh terlalu bergantung pada bekalan air mentah Sungai Muda untuk dirawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.