JOHOR BAHRU: Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 8 Julai ini selepas setahun ditutup.
Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) memaklumkan penutupan Air Terjun Gunung Ledang disebabkan pengambilalihan pengurusan operator sebelum ini selain bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan awam di kawasan itu.
Menurut PTNJ pembukaan semula kepada orang ramai merupakan usaha kerajaan negeri untuk membawa limpahan ekonomi kepada peniaga tempatan dan masyarakat sekitar.
"Bagi memastikan keselamatan terkawal dan tahap kebersihan terjaga, jumlah kemasukan ke kawasan air terjun dihadkan kepada 2,000 pengunjung pada satu-satu masa," menurut PTNJ dalam kenyataan pada Ahad.
Bagaimanapun, menurut PTNJ resort bagi penginapan di Air Terjun Gunung Ledang masih belum beroperasi dan kehadiran pelawat hanya melibatkan kemasukan harian.
Menurut kenyataan itu pelawat disaran membawa plastik sampah sendiri atau membelinya daripada pihak PTNJ bagi tujuan membawa keluar sampah masing-masing dari kawasan rekreasi berkenaan dengan tong sampah turut disediakan di luar kaunter pembelian tiket.
Kenyataan itu turut memaklumkan bagi menghargai kesabaran dan penantian orang ramai susulan penutupan air terjun berkenaan, PTNJ akan menganjurkan Karnival Gunung Ledang selama tiga hari bermula Sabtu ini.
Menurut PTNJ pelbagai aktiviti dan pengisian menarik akan diadakan seperti Karnival Tanah Daerah Tangkak, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, Fun Run, Fun Ride, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan karaoke, pertunjukan motorsikal, pertandingan mewarna serta apresiasi bahasa dan sastera.
Perbadanan itu turut bersetuju membenarkan orang awam masuk secara percuma sepanjang tempoh tiga hari karnival itu berlangsung.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PTNJ menerusi talian 069772254 (pejabat), 0137440953 atau 0137440961. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023

Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 8 Julai ini selepas setahun ditutup. - Gambar fail/BERNAMA

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Bomba selamatkan 60 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Tangkak
BBP Tangkak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.

Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula Sabtu ini
Selepas setahun ditutup, Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 8 Julai ini.

Air Terjun Gunung Ledang dibuka semula bulan depan
Air Terjun Gunung Ledang yang telah ditutup sejak setahun lalu bagi kerja-kerja naik taraf, akan dibuka semula kepada umum bulan depan.