KUALA LUMPUR: AirAsia berbangga untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa yang menawarkan subsidi tiket penerbangan domestik kepada pelajar universiti awam, yang disambung semula bermula bulan ini.
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Paul Caroll berkata dengan penambahan penerbangan antara Pulau Pinang dan Kuching serta Pulau Pinang dan Kota Kinabalu pada Mac, pelajar kini mempunyai akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik syarikat penerbangan itu, menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Kami berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa oleh kerajaan tahun ini dan pada 2023, kami telah menerbangkan lebih 90 peratus daripada 24,730 pelajar yang menebus baucar dengan AirAsia, ke kampung halaman mereka.
"Sejajar dengan slogan 'Kini Sesiapapun Boleh Terbang', kami memahami kepentingan sambungan rangkaian dengan tambang berpatutan terutamanya bagi pelajar dan berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam memudahkan perjalanan mereka," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata inisiatif itu tersedia untuk semua pelajar pendidikan tinggi di universiti awam di Malaysia termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Caroll berkata pelajar digalakkan memeriksa kelayakan mereka berdasarkan kriteria ditetapkan Kementerian Pengangkutan.
"Semua pelajar yang layak berhak menerima baucar bernilai RM300 dan mereka yang tidak memenuhi kriteria boleh membuat rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi masing-masing.
"Baucar RM300 akan berfungsi sebagai kredit yang boleh digunakan untuk penebusan sehingga nilai subsidi itu habis digunakan sepenuhnya," katanya.
Inisiatif FLYsiswa kata Caroll, kini dibuka untuk permohonan hingga 30 Nov ini.
"Pelajar boleh menggunakan baucar mereka serta-merta selepas penebusan berjaya hingga 31 Dis 2024 dengan tempoh perjalanan hingga 31 Dis 2025.
"Proses permohonan boleh dibuat dengan beberapa langkah mudah iaitu menekan butang 'Tebus Sekarang' melalui airasia.com/aa/flysiswa dan bagi proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan," katanya.
Inisiatif FLYsiswa oleh Kementerian Pengangkutan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2023 dan berakhir pada 31 Dis 2023, bagaimanapun bantuan itu disambung semula bermula 2 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Inisiatif FLYsiswa oleh Kementerian Pengangkutan mula dilaksanakan pada 15 Ogos 2023 dan berakhir pada 31 Dis 2023, bagaimanapun bantuan itu disambung semula bermula 2 Mei lepas. - Gambar hiasan

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.

AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Subsidi tiket penerbangan komitmen kerajaan ringankan kos sara hidup rakyat - Armizan
Armizan berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup dalam sektor pengangkutan.

Permohonan subsidi tiket penerbangan pelajar IPTA perlu lancar, tanpa birokrasi
Permohonan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam yang akan diumumkan dalam masa terdekat, perlu lancar tanpa melalui proses birokrasi yang ketat.

Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke
Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.