MELAKA: Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang dalam usaha memastikan pegawai dan anggota negeri itu mendapat latihan secukupnya tanpa perlu ke Semenanjung.
Menterinya Anthony Loke berkata setakat ini terdapat 786 pegawai dan anggota JPJ di Sabah dan 739 pegawai dan anggota di Sarawak, justeru pihaknya melihat ada keperluan untuk mewujudkan akademi di negeri berkenaan.
"Kita lihat ada keperluan dan lebih baik untuk satu akademi yang boleh melatih anggota di sana namun ini masih dalam peringkat perancangan dan belum mendapat kelulusan bajet.
"Bagaimanapun kami telah memasukkan permohonan pembinaan akademi itu dalam Rancangan Malaysia ke-12, jadi kita kita tunggulah keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-78 di Akademi JPJ Melaka, di Tiang Dua Ayer Molek hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha.
Menurut Loke, Akademi JPJ beroperasi di Semenanjung Malaysia iaitu Kampus Induk di Melaka, wilayah selatan di Johor, wilayah timur di Kelantan dan wilayah utara di Pulau Langkawi.
Sementara itu beliau berkata selaras dengan tema sambutan Hari JPJ tahun ini iaitu 'Digitalisasi Memacu Profesionalisme JPJ', kesemua anggota dan pegawai haruslah merebut peluang mempertingkatkan lagi teknologi sedia ada.
"Saya percaya JPJ telah siap siaga menyusun strategi untuk memastikan kelangsungan ekosistem pengangkutan jalan di negara ini termasuk mengikut arus pendigitalan merangkumi perkhidmatan perlesenan pemandu, perlesenan kenderaan, penguatkuasaan bersepadu dan bidang kejuruteraan automotif.
"Perkembangan ini juga terbukti memberi impak apabila sehingga 10 Mei lepas, lebih sembilan juta pemegang lesen memandu telah memiliki JPJeID bagi mengekses Aplikasi MyJPJ malah pembayaran Internet terus ke bank atau FPX yang diperkenalkan bakal membantu pengguna bermula 1 Jun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Loke (kiri) menyerahkan helmet kepada orang ramai secara percuma pada majlis Ulang Tahun Hari ke-78 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jalan Tiang Dua dekat Ayer Molek, hari ini. — Foto Bernama

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Litar Latihan, Ujian Memandu Akademi JPJ diharap lahirkan tenaga pengajar profesional
Litar bernilai RM2.5 juta itu dibina di tapak seluas 2.02 hektar bermula 14 Dis 2021 dan siap sepenuhnya pada 12 Julai tahun lepas.