KUALA LUMPUR: Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar, kata seorang pakar kewangan.
Pengasas dan perunding utama Hijrahwealth Management Sdn Bhd Rohani Mohd Shahir berkata sesuatu pembaharuan untuk memenuhi permintaan sebahagian pencarum tidak semestinya sesuai untuk semua orang, terutamanya dalam konteks pengenalan Akaun 3.
"Sekiranya pencarum memilih untuk tidak menggunakan Akaun 3, maka tidak ada pilihan baginya untuk mengeluarkan simpanan persaraan daripada akaun itu, termasuk ketika berlaku kecemasan.
"Seharusnya pencarum yang memilih pilihan itu (tidak memindahkan caruman ke dalam Akaun 3) sudah mempunyai akaun kecemasan lain, atau memang mengamalkan tabungan bulanan selain daripada akaun simpanan di KWSP," katanya kepada Bernama.
Rohani berkata Akaun 3 memberikan kelebihan kepada pencarum untuk mengeluarkan wang bagi tujuan kecemasan tanpa perlu mendapatkan daripada saluran lain seperti 'Ah Long' atau pinjaman berlesen yang membebankan.
Bagaimanapun, katanya, pencarum perlu berdisiplin untuk tidak menyalahgunakan kemudahan itu bagi tujuan selain kecemasan kerana ia hanya akan merugikan mereka dan menjejaskan keperluan bagi persaraan kelak.
Pada Jumaat, Ketua Jabatan Strategi dan Polisi KWSP Balqais Yusoff menerusi satu temu bual dengan sebuah portal berita memaklumkan KWSP memberikan pilihan kepada pencarum untuk tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 sekiranya mereka tidak memerlukan kemudahan tersebut.
Menurutnya pencarum boleh membuat permohonan untuk membuat pindaan menerusi dalam talian bermula Jun atau Julai, namun sekiranya ingin melakukannya sekarang, mereka perlu berbuat demikian di cawangan KWSP.
Sementara itu pensyarah kanan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar Azizul Azli Ahmad yang juga merupakan penulis buku kewangan "Wang Ada Di Mana", berkata individu berpendapatan rendah merupakan antara golongan yang wajar memanfaatkan penggunaan Akaun 3 untuk mendapat akses kewangan segera.
Selain itu, katanya, ibu bapa yang perlu membiayai kos pendidikan anak yang tinggi, atau individu yang terkesan pascapandemik COVID-19 atau kehilangan pekerjaan juga boleh menggunakan wang simpanan daripada Akaun 3.
"Kita tidak boleh keluarkan wang daripada akaun 1 sehingga mencapai usia 55 tahun, Akaun 2 pula mempunyai syarat yang ketat seperti untuk tujuan perumahan, kesihatan dan sebagainya.
"Jadi, Akaun 3 ini membenarkan pencarum mendapat akses kepada simpanan untuk keperluan yang mendesak, kegunaan peribadi dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Akaun 3 memberikan kelebihan kepada pencarum untuk mengeluarkan wang bagi tujuan kecemasan tanpa perlu mendapatkan daripada saluran lain seperti 'Ah Long' atau pinjaman berlesen yang membebankan. - Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
MAHB telah dijual pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.