KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3 atau Akaun Fleksibel.
Dalam membuat saranan ini, Felow Kanan merangkap Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Muhammad Hisyam Mohamad menekankan, akaun berkenaan perlu digunakan untuk keperluan penting dan dalam masa yang sama, pencarum wajar melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan peribadi.
Menurut beliau, walaupun KWSP membenarkan pencarum, pada bila-bila masa membuat pengeluaran Akaun 3 berkuatkuasa mulai 11 Mei ini, hakikatnya langkah itu bukanlah matlamat asal dana persaraan itu.
KWSP, katanya, secara umum adalah akaun simpanan untuk persaraan dan sememangnya sebelum ini pencarum dibenarkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan seperti pendidikan, kesihatan atau perumahan.
"Kali ini Akaun 3 yang diwujudkan bertujuan memenuhi keperluan asas dan mereka yang berhadapan isu 'kecemasan'. Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu anggota masyarakat yang sedang berhadapan isu kos sara hidup dan pada masa yang sama masih dibelenggu dengan masalah upah atau gaji yang rendah.
"Namun begitu, apa yang dibimbangi ialah pengeluaran dibuat semata-mata untuk berbelanja bagi perkara yang bukan mendesak seperti membeli gajet, menghias rumah, menukar aksesori kenderaan atau tujuan fesyen lebih-lebih lagi sekarang ini ia boleh dibuat menerusi kaedah 'beli sekarang bayar kemudian'," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
SIMPANAN PERSIAPAN NEGARA MENUA
Merujuk laman web https://www.kwsp.gov.my/, KWSP menjalankan penstrukturan semula akaun pencarum untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek golongan itu.
KWSP memperkenalkan tiga akaun baharu iaitu Akaun Persaraan yang sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, untuk simpanan hari persaraan; Akaun Sejahtera yang sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2 untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan dan yang terkini Akaun 3 atau Akaun Fleksibel yang diperkenalkan pada 25 April lepas yang memberikan fleksibiliti kepada pencarum untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Berkuatkuasa 11 Mei 2024, caruman baharu akan diagihkan mengikut peratusan: Akaun Persaraan (75 peratus), Akaun Sejahtera (15 peratus) dan Akaun Fleksibel (10 peratus) berbanding sebelum ini, Akaun 1 (70 peratus) manakala Akaun 2 (30 peratus).
Selepas penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing, sementara Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar. Kadar dividen adalah sama untuk semua akaun.
Mengulas lanjut, Muhammad Hisyam berkata langkah memperkenalkan Akaun 3 sedikit sebanyak dapat mengatasi isu pengeluaran caruman secara besar-besaran seperti yang berlaku semasa negara dilanda pandemik COVID-19 sebelum ini.
"Bagaimanapun dari sudut yang lain pula, pengenalan Akaun 3 ini menyebabkan 10 peratus wang simpanan yang sepatutnya berada dalam KWSP bagi tujuan persaraan atau perumahan, pendidikan atau kesihatan sebelum ini, boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh pencarum.
"Dengan kata lain, sekiranya pencarum kerap membuat pengeluaran menerusi Akaun 3, ia boleh menyebabkan 10 peratus simpanan hari tua mereka berkurangan sebelum persaraan. Walaupun jumlahnya 10 peratus, ia tidak boleh dipandang ringan memandangkan menjelang 2030 kita akan menjadi negara menua dengan jangka hayat penduduk semakin panjang dan pada masa yang sama kos sara hidup terus meningkat.
"Tanpa simpanan persaraan yang mencukupi, situasi ini akan menyukarkan kehidupan pencarum yang terlibat nanti," katanya.
Mengaitkan perkara ini dengan isu ketidakcukupan simpanan persaraan, beliau berkata, semasa pandemik COVID-19 ramai pencarum terjejas dan berhadapan dengan masalah kewangan justeru bagi membantu kelangsungan hidup, kerajaan membenarkan pencarum membuat empat jenis pengeluaran KWSP yang melibatkan i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.
Menurut beliau, kesan daripada siri pengeluaran tersebut, jumlah peratusan ahli aktif yang mencapai simpanan asas RM240, 000 pada usia 55 tahun menurun.
Untuk rekod, Kementerian Kewangan dipetik melaporkan dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen pada 20 November 2023, seramai 6.3 juta ahli KWSP berumur bawah 55 tahun atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 Sept lepas.
"Ini secara tidak langsung memberi gambaran jika perkara ini tidak ditangani, kebanyakan pencarum akan berhadapan dengan masalah kewangan apabila mereka bersara nanti. Purata jangka hayat penduduk yang meningkat akan menyebabkan wang simpanan yang ada tidak dapat menampung keperluan kehidupan pencarum untuk tempoh 10 hingga 20 tahun selepas persaraan mereka.
"Oleh itu, kerajaan perlu memperhebat usaha meningkatkan tahap literasi dan celik kewangan dalam kalangan masyarakat bagi membantu mereka mengurus wang atau pendapatan dengan lebih baik dan berkesan," katanya.
BERGANTUNG PENGURUSAN KEWANGAN INDIVIDU
Menjawab persoalan bagaimana langkah ini praktikal dalam membantu menangani kos sara hidup rakyat, Muhammad Hisyam berkata, ia bergantung kepada jumlah caruman bulanan.
Beliau berkata, jika jumlah caruman bulanan besar, pengenalan Akaun 3 ini sedikit sebanyak dapat membantu pencarum dalam menangani kos sara hidup kerana mereka mempunyai lebihan tunai dalam tangan untuk tujuan perbelanjaan.
"Di Malaysia, caruman pekerja ditetapkan pada kadar 11 peratus manakala majikan pula perlu mencarum antara 12 hingga 13 peratus. Jadi secara keseluruhan caruman bulanan adalah sekitar 22 hingga 23 peratus. Katakan caruman bulanan pekerja dan majikan A adalah sebanyak RM1,000, jadi 10 peratus akan dimasukkan ke akaun 3. Di sini A mempunyai RM100 dalam akaun 3. Dan semakin tinggi caruman semakin besarlah amaun yang ada dalam akaun 3 tadi.
"Akan tetapi jika seseorang itu bergaji rendah, katakan menerima gaji minimum RM1,500, jadi caruman pekerja dan caruman majikan mungkin sekitar RM345 sebulan dan di sini, jumlah simpanan yang masuk ke akaun 3 hanyalah RM34.50 sahaja.
"Sebenarnya, isu ini juga ada kaitan dengan masalah gaji yang rendah yang diterima pekerja Malaysia. Sebagai contoh gaji minimum RM1,500 itu sebenarnya jauh lebih rendah daripada gaji kehidupan wajar untuk individu sebanyak RM2,700 yang dicadangkan oleh pihak Bank Negara pada 2017. Jika gaji dan upah yang diterima pekerja kekal rendah dan tidak meningkat seiring dengan peningkatan kos sara hidup, ini sudah tentu memberi tekanan kepada mereka untuk menjalani satu kehidupan yang berkualiti," katanya.
Beliau pada masa sama menambah, menerusi Akaun 3, pencarum akan mempunyai lebihan tunai dalam tangan, namun untuk jangka panjang, wang persaraan mereka mungkin akan berkurang sebanyak 10 peratus sekiranya kerap membuat pengeluaran dan terlepas peluang untuk menjana pendapatan menerusi dividen tahunan yang diumumkan oleh KWSP yang boleh disifatkan sebagai antara yang kompetitif.
"Berdasarkan jangkaan KWSP, pencarum akan membuat pengeluaran sebanyak RM25 bilion dari Akaun 3 mereka untuk tahun pertama selepas ia diperkenalkan dan jumlah ini akan menjadi antara RM4 hingga RM5 bilion selepas itu.
"Perkara ini akan menyebabkan berlakunya pertambahan tunai dalam pasaran dan ini boleh membantu para peniaga dan pengusaha menerusi perbelanjaan yang dibuat oleh pencarum. Namun begitu ia juga boleh membawa kepada peningkatan harga barang jika tiada kawalan daripada pihak kerajaan tambahan pula pada hujung tahun nanti, penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji lebih 13 peratus," katanya.
TINGKAT SISTEM SEKURITI SOSIAL
Sementara itu pensyarah kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Ridhuan Bos Abdullah berkata, kitaran ekonomi amat mempengaruhi gelagat tabungan dan perbelanjaan pengguna.
Beliau memberikan contoh, tahun 2021 dan 2022 menunjukkan pola pengeluaran caruman KWSP yang tinggi akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan disebabkan pandemik.
Menyifatkan Akaun 3 yang lebih bersifat fleksibel menggalakkan lebih ramai golongan bekerja sendiri untuk mencarum, trend semasa katanya, menunjukkan kebanyakan generasi muda gemar bekerja sendiri atau pekerja tidak formal.
"Apabila ramai secara sukarela mencarum (pekerja tidak formal) ia secara langsung boleh meningkatkan sistem perlindungan atau sekuriti sosial pekerja.
"Akaun 3 boleh membantu pencarum jika berlaku kitaran dalam ekonomi (ekonomi merudum) atau menangani kejutan sebagai contoh akibat hilang sumber pendapatan dan sebagainya. Akaun 2 pula masih menyediakan kemudahan untuk pencarum membeli rumah dan keperluan pendidikan.
"Selepas 11 Mei, jumlah caruman Akaun 1 akan dinaikkan kepada 75 peratus berbanding 70 peratus sebelumnya. Oleh itu, objektif simpanan hari tua masih kekal malah ditambah baik, Nilai ini dijangka meningkatkan simpanan pencarum selepas bersara," katanya.
Muhammad Ridhuan menambah, prestasi ekonomi yang stabil dan pertumbuhan berterusan akan mempengaruhi keupayaan majikan untuk membayar gaji pencarum sama ada golongan T20, M40 mahupun B40.
Menurut beliau, dalam jangka masa pendek jika ekonomi bertumbuh dengan baik, caruman pencarum akan bersifat stabil dan mungkin tidak ada pengeluaran caruman dari Akaun 3.
Namun untuk jangka masa panjang, keperluan pencarum akan berubah bergantung kepada kitaran ekonomi selain gelagat penggunaan pencarum juga akan berubah disebabkan faktor pertambahan saiz keluarga, penambahan pemilikan aset, keperluan pendidikan ahli keluarga dan sebagainya.
"Dasar penstabilan kerajaan sangat penting untuk menyerap kitaran ekonomi yang akan menyebabkan turun naik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan guna tenaga di mana kita boleh lihat pada 1997/1998, 2008/2009 dan 2020/2021 menyebabkan berlaku pemberhentian pekerja dalam skala besar akibat ekonomi terjejas.
"Kitaran ekonomi di luar jangkaan. Sikap menabung dan kesedaran untuk ada simpanan kewangan terutama selepas bersara sangat penting melalui institusi perbankan dan KWSP sebagai contoh.
"Negara Asia yang tinggi tabungan seperti Jepun, Korea Selatan dan Singapura, KDNK mereka tinggi dan pendapatan per kapita rakyat mereka tinggi. Walaupun demikian, lebih baik jika kita menggunakan model sendiri kerana kita tahu tingkat pendapatan per kapita dan prestasi KDNK negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Akaun 3 perlu digunakan untuk keperluan penting dan dalam masa yang sama, pencarum wajar melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan peribadi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.

Pengeluaran Akaun 3 tidak pengaruhi strategi pelaburan KWSP - CEO
KWSP telah menjangkakan pengeluaran sehingga RM25 bilion daripada Akaun 3 pada tahun pertama, diikuti dengan anggaran RM5 bilion pada tahun seterusnya.

Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.

Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Pengenalan Akaun 3 oleh KWSP menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.

Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.

KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.