KUALA LUMPUR: Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
"Pada bulan Februari 2024 akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai fleksibel akaun yang juga akaun nombor tiga.
"Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai fleksibel akaun ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, hari ini.
Beliau mengatakan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara tersebut yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024.
"Kami akan melaksanakannya tetapi perlu ada kaedah tertentu yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan rakyat dan ia hanya boleh dikeluarkan waktu kecemasan.
"Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian. Jadi kita tahu bahawa RM145 bilion ringgit telah dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika COVID-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran," katanya.
Walau bagaimanapun, Ahmad mengatakan masih terdapat desakan daripada pelbagai pihak agar membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan kecemasan.
"Maka kami akan membuat formula baru iaitu akaun ketiga. Jadi perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula bulan April tahun depan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Ahmad mengatakan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara tersebut yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan
Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.