PUTRAJAYA: Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.
Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.
Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan kebenaran rentas negeri tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini. Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa dengan kadar 90 peratus vaksinasi lengkap dua dos bagi kumpulan dewasa, maka rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.
"Kebenaran ini akan bermula pada esok (11 Oktober). Jadi, esok bebas lah dan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Seperti saya katakan tadi, peringkat awal kita perlu tegas soal rentas negeri ini dan seperti yang dijanjikan, sudah sampai 90 peratus, maka rakyat Malaysia boleh melakukan pergerakan," katanya dalam sidang media khas, di sini.
Jelas Perdana Menteri lagi, aktiviti pelancongan juga dibenarkan selari dengan kebenaran untuk merentas negeri.
Beliau dalam masa yang sama, mengingatkan agar rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun kebebasan pergerakan telah diberikan.
"Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi dikuatkuasakan. Bermakna, kesalahan Akta 342 masih boleh dikenakan dan mereka yang melanggar (SOP) boleh dikenakan tindakan.
"Walaupun tiada sekatan khusus untuk menyekat rentas negeri, tetapi pihak polis masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana sahaja, mungkin sewaktu berada di kawasan Rehat dan Rawat (RnR).
"Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng terus dilaksanakan dan pihak polis boleh membuat pemeriksaan terhadap MySejahtera walaupun tiada SJR khusus untuk tujuan rentas negeri," ujar beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 10 2021
![Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633851951_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad. - Foto Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633518734_KLIACOVID.jpg)
Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September
Jumlah pergerakan penumpang bagi Malaysia meningkat 55 peratus kepada 458,000 penumpang bulan lepas.
![Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634471279_TBBAGANAJAM.jpg)
Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong
Dua lokasi itu yang sebelum ini sepi berikutan PKP kini kembali meriah dengan kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang.
![Cameron Highlands kembali sesak dengan pelancong Cameron Highlands kembali sesak dengan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634437376_CameronHighlands.jpg)
Cameron Highlands kembali sesak dengan pelancong
Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan.
![Rentas negeri: Trafik di Pulau Pinang meningkat 38 peratus Rentas negeri: Trafik di Pulau Pinang meningkat 38 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634380225_TBalirantrafik.jpg)
Rentas negeri: Trafik di Pulau Pinang meningkat 38 peratus
Meskipun kenderaan bertambah hampir 100 peratus khususnya di kawasan Timur Laut, namun, setakat ini situasi masih lagi terkawal.
![Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634379107_TBnasikandar.jpg)
Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong
Pengunjung dari luar Pulau Pinang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati keenakan nasi kandar yang sinonim dengan negeri itu.
![Langkah baharu industri pelancongan negara: Dialog Tiga Penjuru malam ini Langkah baharu industri pelancongan negara: Dialog Tiga Penjuru malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634210798_dialogpenjuru.jpg)
Langkah baharu industri pelancongan negara: Dialog Tiga Penjuru malam ini
Bagaimana pemain industri dapat mengimbangi keperluan untuk untung pada masa pengunjung pun sama bergelut untuk bangkit dalam kemelut ekonomi bahana pandemik?
![2,000 polis siap sedia, PDRM jangka peningkatan kenderaan di Pulau Pinang mulai esok 2,000 polis siap sedia, PDRM jangka peningkatan kenderaan di Pulau Pinang mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633194131_PenangBridge.jpg)
2,000 polis siap sedia, PDRM jangka peningkatan kenderaan di Pulau Pinang mulai esok
Meskipun aliran trafik di Pulau Pinang masih terkawal, namun, PDRM telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
![Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634072706_TerminalBas.jpg)
Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris
Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris
![Ambil kesempatan rentas negeri berkunjung ke Pulau Pinang Ambil kesempatan rentas negeri berkunjung ke Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633950519_SitiFarhanaSuhaimi.jpg)
Ambil kesempatan rentas negeri berkunjung ke Pulau Pinang
Siti Farhana Suhaimi dari Taiping Perak berkunjung ke Pulau Mutiara di hari pertama kebenaran merentas negeri.
![LLM jangka trafik di lebuh raya meningkat kepada empat juta kenderaan sehari LLM jangka trafik di lebuh raya meningkat kepada empat juta kenderaan sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633697707_FBREAKPLUS.jpg)
LLM jangka trafik di lebuh raya meningkat kepada empat juta kenderaan sehari
LLM bersiap sedia untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul.