Sebanyak 20 lelaki ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Ipoh, di sini pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.50 malam dan menggerakkan anggota ke lokasi tersebut.
"Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh salah faham apabila sekumpulan lelaki anggaran 10 orang bergaduh sesama ahli keluarga mereka.
"Namun terdapat kumpulan lain yang cuba meleraikan pergaduhan keluarga tersebut sehingga dianggap mencampuri urusan keluarga kumpulan tersebut.
"Akibatnya, berlaku tolak menolak dan pergaduhan di antara kedua kumpulan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, dalam kejadian tersebut, terdapat beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan PPR tersebut telah dilanggar oleh kenderaan suspek dan mengakibatkan kerosakan.
Namun setakat ini, pihak Polis belum menerima laporan pemilik-pemilik kenderaan yang telah dilanggar suspek dalam kejadian tersebut.
"Seterusnya, tangkapan telah dibuat terhadap 20 individu berusia dalam lingkungan 17 hingga 33 tahun.
"Seorang suspek mengalami sedikit kecederaan pada jari telunjuk tangan kanan manakala, suspek lain tidak mengalami sebarang kecederaan," jelas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula pada 23 hingga 26 Mei.
Tambah Mazlan, pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek-suspek lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang yang sedia ada.
"Hari Raya Aidilfitri hampir menjelang dan pada waktu ini, kita juga sedang menghadapi ancaman COVID-19, justeru orang ramai dinasihatkan supaya bersama-sama menjaga keharmonian masyarakat yang berbilang kaum agar kita semua dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera," ujarnya.
Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, sila hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Afiezy Azaman
Sat May 23 2020

Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh salah faham apabila sekumpulan lelaki anggaran 10 orang bergaduh sesama ahli keluarga mereka.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

UNIFIL arah keluarga anggotanya tinggalkan Lubnan
UNIFIL mengarahkan anggota keluarga pasukan pengaman yang berkhidmat dengan agensi itu untuk meninggalkan Lubnan buat sementara waktu.

Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.

JAKOA nafi tidak beri perhatian keluarga murid Orang Asli SK Tohoi hilang
JAKOA dalam satu kenyataan Ahad telah menafikan dakwaan seorang aktivis bahawa soal kebajikan ibu bapa dan keluarga murid Orang Asli yang hilang lebih sebulan lalu telah diketepikan.