AYER KEROH: Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh mengakui sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang.
Beliau, bagaimanapun, belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu meskipun terdapat permintaan daripada rakan-rakan parti.
“Ada juga rakan-rakan datang jumpa saya minta (untuk) bertanding, tetapi beri saya ruang dan peluang untuk buat keputusan.
“Setakat ini saya masih lagi belum putuskan… Insya-Allah saya bersedia dengan apa sekalipun dan ‘ready to fight’,”katanya, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, meskipun menerima sokongan yang tinggi daripada rakan-rakan parti, beliau akan membuat pertimbangan secara terperinci sebelum memutuskannya dalam tempoh dua minggu lagi.
“Seperti sedia maklum jawatan Ketua Pemuda UMNO akan dikosongkan sebab Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki buat ketetapan untuk tidak lagi bertanding.
“(Jadi) beri saya tempoh dalam seminggu dua ini untuk buat keputusan (bertanding Ketua Pemuda UMNO),” katanya.
Asyraf Wajdi sebelum ini menyatakan pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO akan datang.
Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, bagi membolehkan nakhoda baharu memimpin sayap parti itu.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi membolehkan sayap terbabit dapat merencana langkah baharu dengan idea baharu, untuk bangkit selepas parti tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU).
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jan 16 2023
Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh mengakui sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
'Dr Akmal patut henti main isu KK Mart, hayati titah Agong' - Nik Nazmi
"Nasihat saya kepada Akmal, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama."
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Isu stoking kalimah Allah: Dr Akmal terima ugutan bunuh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah Allah.
Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia bertemu empat mata dengan seorang pengguna TikTok yang mengkritik beliau berhubung peruntukan sekolah agama rakyat.
PRN: UMNO harus berubah jika tidak mahu terus dilupakan - Ketua Pemuda
Pemimpin UMNO juga perlu memberi keutamaan pada suara rakyat, bukannya suara pemimpin.
PAU2023: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN
Ia bagi membincangkan mengenai gerak kerja dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pemilihan UMNO: Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan parti ini bagi sesi 2023-2023.
Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.
'Nak jadi Ketua Pemuda UMNO tak boleh jadi pak turut'
Katanya, pemimpin tersebut perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum antarabangsa.