KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berjaya menyelesaikan projek penukaran paip sepanjang 87 kilometer (km) melibatkan kawasan jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Gua Musang sejak ia mula dilaksana pada 2021.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata semua projek penukaran paip di seluruh Kelantan dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat berdasarkan pelan Induk AKSB 2021-2030.
Beliau berkata bagi paip lama dan uzur pula, penukarannya dilaksana pada tahun ini iaitu sepanjang 340 km di Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.
"Pihak pengurusan Aset Air Berhad juga dalam proses melantik perunding untuk melaksanakan projek penukaran paip melibatkan seluruh jajahan Bachok sepanjang 220 km yang akan mula dilaksana pada 2023," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Ketereh di sini hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar AKSB Datuk Ir Dr Azuhan Mohamed.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata kawasan yang sudah selesai penukaran paip menunjukkan peningkatan dari segi tekanan air selain berjaya mengatasi isu kebocoran sekali gus mengurangkan gangguan bekalan seperti Dusun Muda, Tanjung Chat di Kota Bharu dan Jalan Kelaboran sehingga Chabang Neting di Tumpat.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air yang memberi komitmen melalui peruntukan serta sokongan kepada Kelantan meningkatkan bekalan air kepada rakyat Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Ahmad Yakob berkata semua projek penukaran paip di seluruh Kelantan dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat berdasarkan pelan Induk AKSB 2021-2030. - Gambar/ Bernama

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.

Lebih 48,000 pengguna di Pasir Mas, Tumpat alami gangguan bekalan air
Seramai 48,635 pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sekitar jajahan Pasir Mas dan Tumpat mengalami gangguan bekalan air sejak semalam.

AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.

Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

AKSB akan selesai masalah paip bocor menerusi pelarasan tarif air baharu
Dengan pelarasan tarif air baharu ini, kerja-kerja pembaikan paip bocor akan dapat dipercepatkan.

Pelarasan tarif air bantu tambah baik perkhidmatan AKSB
Izani berkata ia juga bakal memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan.

AKSB bukan tutup kaunter, tapi kakitangan ke tandas - Mohd Amar
Mohd Amar Abdullah menafikan kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula.

Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.

RM5.03 bilion, masalah air Kelantan selesai - AKSB
AKSB mendedahkan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat negeri ini sejak puluhan tahun itu mampu diselesaikan jika mempunyai sumber kewangan berjumlah RM5.03 bilion.