Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak yang mempunyai aktanya sendiri, katanya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata oleh itu negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya dengan peraturan yang diwartakan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos depan.
"Negeri-negeri lain kecuali Sarawak sudah tidak ada akta kawalan penyakit berjangkit maka rujukan untuk negeri-negeri berkenaan adalah satu akta sahaja iaitu Akta 342.
"Negeri tidak boleh buat peraturan-peraturan lain kerana dalam Perlembagaan Persekutan mana-mana akta atau peraturan negeri yang bertentangan dengan akta kerajaan Persekutuan adalah ultra vires, terbatal dengan sendiri dan tidak boleh dilaksanakan," katanya selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri akan meneliti keputusan serta ketetapan PKPP terlebih dahulu dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang sebelum melaksanakannya.
Ismail Sabri berkata peraturan yang diwartakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan terbatal pada 9 Jun kerana ada langkah kawalan baharu yang diwartakan di bawah PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun.
"Jadi dia (Ketua Menteri Pulau Pinang) hendak ikut yang mana? Tentulah dia terpaksa ikut PKPP yang diwartakan.
"Kalau pun kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mahu melaksanakan penguatkuasaan (PKPP), pegawai-pegawai di peringkat persekutuan seperti polis dan sebagainya boleh mengambil tindakan undang-undang kalau berlaku kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri terutamanya Pulau Pinang supaya dapat mengguna pakai Akta 342.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020

Ismail Sabri berharap kerajaan negeri terutamanya Pulau Pinang supaya dapat mengguna pakai Akta 342. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP periksa secara rawak status pengunjung, pekerja premis
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan menjalankan semakan secara rawak status pengunjung dan pekerja di premis perniagaan di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Banjir Pantai Timur, pindaan Akta 342 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Wan Hassan turut meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah drastik yang diambil kerajaan dalam menangani banjir.

Akta 342 ditangguhkan, penting untuk dapatkan pematuhan rakyat - Khairy
Penangguhan itu turut dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ancaman Omicron: 'Saya rayu Ahli Parlimen luluskan pindaan Akta 342' - Khairy
Khairy Jamaluddin yang dijangka membentangkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pada petang ini.

Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibimbangi membuka ruang kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Kompaun RM1,000 syarikat langgar SOP tidak berkesan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpandangan kompaun RM1,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard di bawah Akta 342, tidak berkesan.

'Saya gentar tandatangan Akta 342' - Dr Adham
Akta 342 berkenaan digunakan untuk menguatkuasakan semua perintah berkaitan COVID-19 sebelum Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 pula dikuatkuasakan pada 11 Januari tahun ini.

PRN Melaka: Akta 342 akan terus digunakan seluruh negara, tidak hanya di Melaka - Hamzah
Mana-mana kumpulan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan tetap akan dikenakan tindakan.

Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat - TPM
Semasa pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang dikenakan ialah RM50,000.